Monday, May 16, 2016

‘Dua Kapal’ Berperang Dalam PKR Bukan Cerita Baru – Shamsul Hidayat

KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata, percanggahan pendapat antara Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana hakikatnya kedua-dua pemegang jawatan tertinggi di dalam parti tersebut tidak pernah sehaluan selama ini.

Menurut beliau, isu presiden dan timbalan presiden yang tidak sehaluan dan tidak pernah sependapat ini bukanlah satu rahsia di kalangan ahli-ahli PKR sendiri.
Azizah Lawan Azmin 
“Isu dua kapal dalam PKR ini bukanlah satu rahsia, terutama di kalangan ahli dan penyokong PKR. Memang wujud team presiden dan team timbalan presiden dalam PKR. Umum ahli PKR mengetahui bahawa presiden dan timbalan presiden memang tak ngam. Perkara ini bukan baru tetapi konflik antara dua pemimpin ini sudah agak lama. Sejak saya masih bersama PKR lagi memang sudah menjadi perbincangan umum di kalangan ahli tentang perkara ini.

“Sebab itu kalau kita ikuti kenyataan Wan Azizah dan Azmin, selalunya kenyataan mereka akan bercanggah. Ini disebabkan tidak ada perbincangan di antara mereka berdua. Rakan-rakan di dalam PKR bercerita pada saya, Azmin hanya akan bersungguh buat kerja hanya kalau ada Anwar.

“Tindakan Azmin itu memperlihatkan seolah-olah beliau  tidak mengiktiraf Datin Seri Wan Azizah sebagai Presiden yang menjadi proksi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ” ujarnya kepada media di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, isu wujudnya dua kem di dalam PKR ini juga memperlihatkan kelemahan Datin Seri Wan Azizah sebagai presiden parti yang gagal untuk mengemudi partinya dan juga timbalan presidennya sendiri.

“Dalam isu ini juga kita lihat kegagalan Wan Azizah sebagai presiden parti untuk menyelesaikan masalah dalaman partinya sendiri. Wujudnya team presiden dan team timbalan presiden ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa PKR kini terbelah dua.

“Sudahlah pakatan harapan kini caca marba, bergaduh dan berbalah sesama sendiri, ditambah pula dengan konflik dalaman seperti yang berlaku di dalam PKR yang menambahkan lagi luka parah di dalanm pakatan harapan.

“Berdasarkan senario seperti ini, sebagai rakyat macamana kita mahu letak harapan kepada parti-parti pembangkang seperti PKR sebagai salah sebuah parti untuk memimpin negara? Mereka ini tidak pernah bersepakat, baik hubungan antara parti mahupun sesama parti sendiri. Jangan kita perjudikan masa depan kita dengan memberikan kuasa memerintah bagi mereka yang tidak mampu dan tidak layak untuk mentadbir negara,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment