Tuesday, May 17, 2016

PAS Hanya Pengacau Di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar – PAN

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.489717.1456453953!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan menyifatkan Pas hanya ‘pengacau’ jika masih berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

Naib Pengerusinya Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak boleh mendakwa kedua-dua kawasan itu adalah ‘tempat’ mereka kerana sudah tiga kali kalah walaupun mendapat sokongon DAP dan PKR pada pilihan raya umum lalu.

“(Walaupun bertanding) atas nama Pakatan Rakyat pun (Pas) masih belum menang, bagaimana (bila) Pas bertanding bersendirian dia kata dia ada (sokongan) akar umbi.

“Pihak ketiga hanyalah pengacau. Kita (PAN) rasa peluang kita menentang Barisan Nasional berbanding Pas itu adalah lebih baik sebab kita bertanding atas nama Pakatan Harapan yang mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong parti pembangkang,” katanya pada sidang akhbar di pejabat parti itu di sini, hari ini.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata, mereka bersikap terbuka terhadap cabaran daripada parti pembangkang lain yang mahu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun depan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment