Monday, May 16, 2016

Jika PKR Sarawak Dakwa Mereka Kuat, Mana Hilangnya 37 Kerusi?

KUALA LUMPUR : Parti pembangkang khususnya PKR Sarawak disaran untuk menghadiri ‘kelas mengira’ jika mereka mendakwa mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di kawasan pendalaman, luar bandar berdasarkan keputusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan, jika PKR kuat dan dapat sokongan akar umbi, mereka bukan sahaja mengekalkan tiga sahaja kerusi pada PRN lalu, sebaliknya mereka patut menang lebih banyak kerusi berbanding Dap sekurang-kurangnya walaupun tidak dapat menandingi BN.
IMG-20160508-WA0000 
“Mereka bertanding 40 kerusi dan menang atau sebenarnya hanya mengekalkan tiga kerusi sahaja. Jadi, di manakah sokongan akar umbi di sini?

“Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding 40 kerusi juga dan menang 40 kerusi dengan majoriti yang membanggakan. Ini baru boleh di anggap sebagai sokongan padu akar umbi,” ujarnya kepada media.

Tambah beliau lagi, secara keseluruhan, Barisan Nasional (BN) bertanding 82 kerusi dan menang 72 berbanding Pakatan Pembangkang yang bertanding 80 dan hanya menang 10.

“Adakah ini sokongan padu akar umbi? Tidak perlulah PKR nak mengelirukan rakyat dengan mengatakan kemenangan tiga kerusi itu menunjukkan kemenangan sokongan kuat akar umbi luar bandar.

“Sebaiknya tunjuk jugalah mereka kalah di 37 kerusi lain yang mereka bertanding dengan beberapa kerusi yang mereka tandingi itu kalah beserta kehilangan wang deposit,” ujarnya lagi.

Secara keseluruhannya, pembangkang hanya memenangi 10 kerusi yang ditandingi, dengan Dap menang tujuh daripadanya manakala PKR yang bertandng di 40 kerusi, hanya mampu mengekalkan tiga kerusi yang dimenanginya sebelum ini iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba’kelalan.

Empat lagi parti bertanding iaitu Pas, Parti Amanah Negara, Parti Reformasi Sarawak dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru gagal memenangi sebarang kerusi manakala kesemua 35 calon bebas kalah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment