Friday, May 20, 2016

Sikap Dengki Dan Terlalu Keras Kepala Macam Ni..... Kalau Mahathir Ada Hati Perut...

Selepas mengecapi berbagai manafaat kerana UMNO dan Barisan Nasional Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyoal sama ada wajar Tun Dr Mahathir Mohamad menikam balik parti yang banyak berjasa kepada beliau dan negara.

Mengulas kenyataan Mahathir yang mahu pengundi menolak Barisan Nasional dan UMNO dalam pilihanraya kecil Sungai Besar and Kuala Kangsar, Najib berkata Mahathir perlu ingat beliau berkuasa selama 22 tahun kerana UMNO.

"Barisan nasional merupakan parti yang banyak jasanya dan Tun Mahathir menjadi perdana menteri kerana Barisan Nasional dan kerana UMNO," kata Najib di sidang akhbar di London lewat Selasa (pagi Rabu di Malaysia).

"Dia dan keluarganya mendapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai perdana menteri. Dan ini kerana kekuatan UMNO dan barisan nasional," kata Najib seperti yang dilaporkan Berita Harian.

"Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka banyak reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak mengambil peduli langsung apa yang dia terima sebagai manfaat kerana tanpa BN dan UMNO beliau tidak akan menjadi perdana menteri sama sekali," katanya.

"Jadi banyak orang kata tentu sekali amat tidak wajar sekali kalau orang ada perasaan hati perut tidak akan menolak parti yang banyak berjasa kepada kita sebagai individu dan jasa kepada negara keseluruhannya."

"Perubahan kepada negara kita, pembangunan negara kita, kestabilan politik negara kita, kejayaan kita selama ini adalah Barisan Nasional dan UMNO sebagai tunggak kepada Barisan Nasional.

"Adalah wajar kita pula menikam balik parti yang begitu banyak jasanya kepada diri kita dan pada negara?

Ditanya adakah beliau kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir, Najib berkata: "Saya sudah menjangka. Saya rasa orang ramai lebih kenal siapa beliau sekarang. (I had expected it. I think people know the man now better."

Sementara itu, mengulas mengenai pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, BN kata Najib sedang meninjau calon yang paling sesuai kedua-dua pilihanraya tersebut.

"Kita dalam masa ini dalam proses tinjauan calon yang paling sesuai untuk ditengahkan," katanya.

"Kita perlu teliti dari semua aspek supaya calon yang kita pilih nanti akan diterima bukan saja oleh parti tetapi juga oleh pengundi secara keseluruhannya," tambah beliau.

Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO, sedang membuat persiapan untuk menghadapi kedua-dua PRK.

Pencalonan ditetapkan pada 5 Jun dan pengundian pada 18 Jun.

Kerusi-kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment