Tuesday, May 17, 2016

DAP-PKR- Amanah Perlu Sahut Cabaran Pas Untuk Masuk Gelanggang Pilihan Raya

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/PAS_PKR_DAP_PAN.jpg
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Agung Pas Negeri Selangor, Ustaz Norman Toha menjangkakan bahawa jentera pilihanraya Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Dap, PKR dan Amanah di pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan pincang memandangkan ketiadaan parti parti Pas di dalam blok baru pakatan pembangkang.

Ini kerana menurut beliau, setiap kali menghadapi pilihanraya, parti pembangkang seperti  Dap dan PKR hanya mengharapkan jentera-jentera Pas sebagai jentera gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya apabila berlangsungnya pilihanraya kecil atau pun pilihanraya umum di negara ini.

“Sebab itu Pakatan Harapan yang dianggotai Dap, PKR dan Amanah perlu sahut cabaran Pas untuk masuk gelanggang pilihan raya kecil ini baik di Sungai Besar mahu pun Kuala Kangsar. Sebelum ini kita lihat apabila berlakunya pilihanraya kecil atau umum, parti-parti pembangkang seperti PKR dan Dap akan bergantung harap kepada jentera-jentera Pas untuk menjalankan gerak kerja pilihanraya di kawasan yang terbabit. Baik dari sudut pasang poster, mendirikan pondok panas, berkempen masuk kampung ke kampung, semua dilakukan oleh jentera Pas.
http://antarapos.com/en/images/news_images_upload/PAS-Abdul-Hadi.jpg
“Ini disebabkan parti-parti pembangkang lain seperti Dap, mereka sudah pasti tidak mempunyai kekuatan jentera seperti mana yang dimiliki oleh Pas. Kalau diharapkan jentera pilihanraya dari Dap, memang tak adalah jawabnya. Begitu juga dengan PKR.

“Ini disebabkan Dap dan PKR boleh hidup dalam gelanggang politik negara hanyalah berdasarkan isu-isu semata-mata, dan bukannya kekuatan akar umbi sepertimana yang dimiliki oleh Pas. Begitu juga, Parti Amanah ini juga wujud kerana isu-isu tertentu yang mana kewujudan Amanah ini berdasarkan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran atau kepimpinan di dalam Pas itu sendiri,” jelasnya kepada media di sini hari ini.

Jadi dalam hal ini, beliau berpandangan bahawa pilihanraya kecil di dua parlimen ini akan menguji samada blok pakatan pembangkang yang baru, mampu untuk menurunkan jentera pilihanraya di peringkat akar umbi seperti mana yang dilakukan oleh Pas sebelum ini.

“Seperti yang saya katakan tadi, parti Amanah ini sendiri wujud kerana isu, bukan kerana mereka mempunyai matlamat perjuangan yang sebenar dengan sokongan yang kuat diperingkat akar umbi. Jadi boleh kita katakan bahawa kewujudan Amanah juga ada sama dengan Dap dan PKR, yang hanya hidup kerana isu dan bukan kerana sokongan akar umbi yang kuat.

“Jadi berdasarkan perkara itu, sudah pasti mereka agak sukar untuk mendapat jentera di peringkat akar umbi sepertimana yang dilakukan oleh Pas. Lagipun, untuk mewujudkan serta menyediakan akar umbi yang kuat terutama ketika menghadapi pilihanraya, ianya mengambil masa berpuluh tahun.

“Contohnya UMNO sendiri sudah berusia 70 tahun dan Pas pula sudah berusia 68 tahun. Kedua-dua buah parti terbesar orang Melayu ini mengambil masa berpuluh tahun untuk memperkukuhkan jentera akar umbi mereka. Jadi sudah pasti ianya agak sukar bagi Amanah yang masih berusia setahun jagung mampu untuk menyaingi kekekuatan jentera akar umbi seperti yang dimiliki oleh Pas mahupun UMNO,”ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment