Friday, May 20, 2016

Mat Taib Calon PKR Di Parlimen Sungai Besar?

mat_taib_briefcase
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Mat Taib) sebagai calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan diadakan pada 18 Jun 2016 nanti.

Sumber yang rapat dengan Azmin Ali mendakwa Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR tersebut dijangka mengumumkan nama Mat Taib sebaik sahaja mendapat persetujuan PAS untuk bekerjasama dalam PRK Sungai Besar ini.

Jika dilihat sejak minggu lalu, Azmin Ali sudah “berkampung” di Sungai Besar tanpa menonjolkan sebarang calon untuk mewakili partinya atau Pakatan. Kemunculan Parti Amanah Negara (PAN) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanyalah rancangan “tambahan” sekiranya Azmin gagal mengatur kompromi dengan Pas.

Azmin hari ini dilaporkan meminta Pas memberi laluan kepada PKR kali ini kerana parti tersebut berhadapan dengan masalah “kepercayaan” kaum Cina sejak kebelakangan ini.

Sungguhpun Pas mengumumkan penolakan cadangan memberi kerusi Sungai Besar kepada PKR, namun rundingan peringkat tertinggi masih dijalankan. 

Azmin dikatakan telah menawar laluan untuk Pas bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional di Kuala Kangsar dan juga menjanjikan pemberian potfolio kanan kepada Pas dalam rombakan EXCO Kerajaan Negeri Selangor akan datang.

Azmin sanggup berhabis-habisan kali ini bagi menjaga maruah beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment