Tuesday, May 17, 2016

PAS Terus Di Buli DAP Walaupun Diluar Pakatan Harapan

EDITOR MENULIS...
17 MEI 2016
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEje61qRuigXDxXBWGpoAO2M9D5gJJLza2JnYy6PCQZhAiGuP47CZp1KpjiR7M1QBs4VK0N0X4hyphenhyphenDMGotaTZPoxSlOu8e6Pqv-zzOMBv_VQIUCydVHZzMzI3H9Itb2hmhinDJkwIbLE8kRk/s1600/flag-DAP-PAS-600x360.jpg
Melihat kepada senario pekembangan pembangkang mutahir ini PAS nampaknya terus ditekan dan dibuli oleh DAP walaupun PAS kini diluar gabungan Pakatan Harapan. Pengerusi DAP Perak Ngor Kor Meng dengan angkuh dan lantangnya memberi amaran kepada PAS agar tidak bertanding di PRK P093 Sungai Besar dengan memberi laluan kepada Amanah parti puak liberal pecahan PAS. 

Menurut Ngar Kor Meng Pakatan Harapan secara dasarnya telah berbincang dan menentukan bahawa Parti Islam SeMalaysia itu hanya perlu bertanding di P067 Kuala Kangsar.  

Sikap samseng parti chauvanis ini terus menerus cuba bertindak sebagai ‘abang besar’ kepada parti pembangkang meskipun PAS diluar gabungan baru itu. Secara tradisinya kerusi bagi P093 Sungai Besar & P067 itu adalah kawasan tradisi PAS dalam pilihanraya kini tidak lagi apabila DAP memberikan VETO kepada cubaan PAS untuk meletakkan calon bagi kedua- dua PRK yang bakal diadakan pada 16 Jun ini.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini telah membuat perisytiaran awal bahawa PAS tanpa ragu-ragu akan meletakan calonnya untuk bertanding menentang Barisan Nasional pada kedua – dua kawasan parlimen ini malah tindakan PAS ini juga menerima sokongan kuat daripada Menteri Besar Selangor yang juga timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat. 

Percaturan Azmin Ali memberi sokongan kepada PAS kerana beliau perlu memikirkan survival politiknya dan kedudukan beliau sebagai MB Selangor bergantung kepada PAS. Kini PAS dan DAP masing-masing menuduh antara satu sama lain cuba membantu BN secara tidak langsung dengan bertembungan pembangkang sesama sendiri.

Jika dilihat daripada kedudukan pengundi dari komposisi kaum pertarungan pada PRK yang diadakan pada 18 Jun ini menjadi penentu kepada mood pengundi Melayu samada mereka bersama UMNO ataupun PAS memandangkan BN menang dengan majoriti tipis bagi kedua dua kawasan ini pada PRU 13 yang lalu. 

Walaupun ianya tidak memberikan gambaran yang tepat kerana isu sebelum ini tetapi DAP seperti biasa akan cuba memainkan isu perkauman sepertimana yang mereka kempenkan semasa di PRN Sarawak yang lalu. 

Mereka akan cuba menjuarai isu dan menjadi lebih cina daripada China kerana mereka tahu bahawa pengundi cina bakal menjadi penentu terutama bagi P093 Sungai Besar.
https://c4.staticflickr.com/8/7785/18231503341_f08989f7b2_z.jpg
Amaran dari Ngar Kor Meng ini disambung oleh Lim Kit Siang  pada hari ini dengan akan mendedahkan dan menNYAHkan 4 mitos dalam laporan Malaysiakini berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pertama PAS boleh menang di kedua-dua pilihan raya kecil itu jika pertandingan satu lawan satu dengan Umno. “Ia tidak ditunjukkan oleh statistik pilihan raya. 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahu hal ini dan itulah sebab kenapa beliau katakan apa jua keputusan nanti, PAS tidak hilang apa-apa dengan bertanding dalam kedua-dua pilihan raya,” kata Lim dalam kenyataan. 

“Benar calon PAS tewas dengan majoriti kecil 399 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar. “Sungai Besar, yang dimenangi BN dengan 49.6 peratus daripada jumlah keseluruhan undi, adalah antara 16 kerusi paling marginal dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum ke-13 dengan kurang 50 peratus keluar mengundi. 

“Manakala Kuala Kangsar dimenangi dengan 50.4 peratus daripada jumlah undi keseluruhan undi adalah antara 30 kerusi marginal BN yang dimenangi dengan kurang 51 peratus daripada jumlah keseluruhan undi,” kata Lim.

Justeru, ahli parlimen Gelang Patah MP mengingatkan PAS bahawa sokongan yang diberikan atas platform Pakatan Rakyat dan bukan sekadar calon-calon mereka. Beliau juga memberi amaran PAS tidak akan mampu mengulangi prestasi pilihan raya umum ke-13 ekoran penurunan sokongan oleh pengundi bukan Melayu. 

Berbanding sekadar bergantung kepada angka-angka pada pilihanraya umum ke-13 dan ke-12, adalah lebih tepat jika PAS meninjau peluangnya semasa parti itu berdiri sendiri sebagai parti pembangkang semasa 2004. “… 

Pilihanraya umum 2004 mencerminkan kekuatan sebenar PAS di Sungai Besar apabila ia mendapat 7,988 undi berbanding Umno dengan 15,337 undi – kalah dengan majoriti besar 7,349 undi atau PAS mendapat 33.1 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi,” jelas Lim, sambil menambah trend yang sama turut berlaku di Kuala Kangsar. 

Melihat kepada pendedahan Kit Siang ini memberi gambaran seolah – olah Haji hadi dan PAS tidak membuat exercise dan terus terjun dlm kedua – dua PRK ini walaupun pada hakikatnya PAS mempunyai Pusat Penyelidkan yang mampu memberikan data dan angka dalam berdepan dengan kedua – dua PRK ini.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment