Monday, May 16, 2016

Jenazah Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh Selamat Dikebumikan

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2016/05/16/12/33/aminah.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
BAGAN DATOH : Jenazah Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh Aminah Abdul Manaf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Lalang, Sungai Dulang di sini, pukul 10 pagi tadi.

Allahyarham, 52, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 6 petang semalam setelah menjalani rawatan di IJN sejak bulan lepas.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Datuk Khairuddin Termizi berkata jenazah dibawa pulang anggota keluarganya ke kediaman mereka di Kampung Tanah Lalang di sini malam tadi.

“Semestinya kami sedih dengan pemergiannya kerana Allahyarham adalah orang kuat di belakang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan banyak berjasa kepada UMNO bahagian serta masyarakat setempat,” katanya.

Allahyarham, yang belum berkahwin, dilantik Ketua Wanita UMNO bahagian itu pada 2013 dan merupakan Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kawasan Parlimen Bagan Datoh.

Menyertai politik pada awal 1990-an, Allahyarham pernah menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh pada 2000.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment