Monday, May 16, 2016

‘Superman’ Celupar : DAP Lepas Peluang Buktikan Mereka Tidak Rasis

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Hj Ahmad melihat inilah masanya untuk parti Dap membuktikan bahawa mereka menolak budaya rasis dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktivis roket Hew Kuan Yau berhubung keceluparannya semasa berucap pada kempen Pilihan Raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Menurut beliau kegagalan Dap untuk berbuat demikian menunjukkan mereka bukanlah sebuah parti seperti mana yang diwar-warkan kepada rakyat negara ini kerana apa yang diungkapkan oleh penceramah berkenaan adalah sesuatu yang keterlaluan.
Hew Superman Rasis 
“Kenapa pula berdolak dalih…bukankah langkah tegas termasuk mengambil tindakan disiplin adalah langkah yang terbaik untuk Dap membuktikan segala kata-kata yang diungkapkan dan dijaja sebelum ini bertepatan dengan apa yang berlaku hari ini.

“Janganlah pula berselindung di sebalik dengan pelbagai drama serta sandiwara yang memualkan semata-mata mahu menutup segala apa yang berlaku itu daripada terus diperkatakan oleh masyarakat umum.

“Nampak jelas bagaimana jika mereka gagal berbuat demikian ianya menyerlahkan kepada kita bahawa sememangnya parti berkenaan tidak berupaya untuk mengekang budaya sedemikian rupa dan menular di dalam parti berkenaan,” katanya.

Dilaporkan Kuan Yau, yang lebih dikenali dengan gelaran “Superman” kerana sering dilihat mengayakan lambang adiwira itu, mengundang kecaman orang-ramai selepas video ucapannya yang disifatkan sebagai rasis tersebar di ruang maya.

Aktivis Dap itu dilihat berucap dalam bahasa Mandarin. Ia disiarkan melalui Skype untuk kemudahan pengundi Sarawak.

Sari kata yang dipaparkan bagaimanapun memetik beliau sebagai menyeru pengundi supaya mengundi calon Dap Batu Kitang, iaitu Aziz supaya dia boleh ‘screw’ (henjut) orang Melayu.

Nawawi seterusnya menegaskan apa yang dituturkan oleh aktivis berkenaan boleh membakar sentimen perkauman dan Dap seharusnya mengambil tindakan tegas yang sepatutnya.

Katanya mereka tidak boleh mengelak apatah lagi untuk bermain politik murahan dalam isu tersebut dalam usaha membuktikan Dap menolak budaya rasis.

“Jika gagalnya Dap mengambil sebarang tindakan disiplin, budaya berkenaan bukan sahaja terus melekat malah akan terus berpanjangan dan parti berkenaan terlepas peluang dan waktu yang terbaik.,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment