Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin
seolah-olah mengeesahkan bahawa Tun Daim Zainuddin kini bersama Tun
Mahathir Mohamad dalam gerakan menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak.
Kadir ketika mengulas surat terbuka Anwar Ibrahim membelasah Mahathir
mendakwa Anwar mengetahui bahawa walaupun Daim tidak kelihatan bersama
kumpulan Mahathir, namun pembabitan Daim di belakang tabir tidak harus
diketepikan.
“He also knew that although Daim was not seen with the
group, his behind-the-scene involvement was not to be dismissed. Let me
put it as bluntly as I could. Mahathir, Anwar and Daim, for a good part
of the 1980s and 90s, were the three musketeers of the Malaysian
politics.”
Kenyataan Kadir Jasin ini walaupun mengulas surat Anwar ia seolah-olah mengesahkan pembabitan Daim dalam gerakan ini.
Kadir Jasin diketahui sebagai antara orang kepercayaan Daim
Zainuddin. Malah sebahagian orang menganggap, Kadir lebih setia kepada
Daim berbanding Mahathir.
Kadir bukan sahaja tidak menafikan pembabitan Daim dalam Kumpulan
Mahathir malah memberi isyarat seolah-olah bersetuju dengan Anwar
Ibrahim, jelaslah Daim turut sama dengan Tun Mahathir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment