Monday, May 16, 2016

Kasta Dalam DAP… Loh Chee Hong Dipecat, Bagaimana Pula Guan Eng?

KUALA LUMPUR : Kalau ADUN Dap Teluk Datuk, Loh Chee Hong dipecat daripada parti selepas didapati bersalah atas dakwaaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri kepada kawasan pilihan rayanya, bagaimana pula dengan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng?

Bukankah isu yang membabitkan Setiausaha Agung Dap itu lebih berat kerana ianya melibatkan soal integriti parti tersebut memandangkan Guan Eng bukan sahaja Ketua Menteri, malah mempunyai jawatan yang cukup tinggi di dalam Dap, demikian persoalan yang dilontarkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohami Shahdan.
suhaimi shahadan 
“ADUN Teluk Datuk boleh diambi tindakan oleh jawatankuasa disiplin Dap…patutnya jawatankuasa berkenaan melihat sama isu Guan Eng kerana ianya melibatkan isu integriti parti. Jangan ada ‘double standrd’ atau pun ada kasta.

“Paling kurang pun jawatankuasa berkenaan boleh melihat dan memberi saranan agar Guan Eng mengambil cuti sepanjang siasatan dibuat oleh pihak-pihak berkenaan berhubung dengan apa yang terpalit terhadap Setiausaha Agung Dap itu.

“Letak jawatan mungkin berat sangat… saran bercuti rasanya tidak menjadi masalah demi integriti parti terbabit. Namun segala-galanya terletak ditangan jawatankuasa disiplin mereka. Namun mungkin mereka mempunyai ada alasan yang tersendiri,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Dilaporkan ADUN Dap Teluk Datuk, Loh Chee Hong telah dipecat daripada parti selepas didapati bersalah menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri kepada kawasan pilihan rayanya.

Dalam satu kenyataan, pengerusi jawatankuasa disiplin Dap, Tan Kok Wai berkata, keputusan itu dibuat selepas Loh menjawab dakwaan terhadapnya dalam satu pendengaran yang diadakan baru-baru  ini.

Tan berkata jawatankuasa itu telah mengarahkan Dap Selangor menjalankan siasatan dalaman selepas ia menerima satu aduan bertulis pada Mac 2016 terhadap Loh kerana didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan negeri.

Sohami seterusnya berharap ADUN Teluk Datuk tidak dijadikan kambing hitam semata-mata untuk menutup apa yang berlaku di dalam parti berkenaan hari ini khususnya membabitkan Lim Guan Eng.

Katanya kontroversi yang membabitkan Guan Eng adalah lebih besar dan hari ini rata-rata masyarakat umum tertumpu kepada kontroversi berkenaan kerana ianya melibatkan soal integriti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment