Tuesday, May 17, 2016

Kempen ‘Selamatkan Malaysia’, Pembangkang Lupa Cermin Diri

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menegaskan bahawa kempen Selamatkan Malaysia yang  cuba dibawa pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir ternyata bertentangan dengan sikap dan pendekatan politik yang diambil oleh kepimpinan mereka selama ini yang dilihat lebih kepada pendekatan politik yang boleh merosakkan keharmonian serta menjejaskan nama negara.

Menurut beliau, kempen Selamatkan Malaysia sepatutnya ditujukan kepada pembangkang berdasarkan pendekatan politik mereka yang membangkitkan sikap kebencian terhadap pemerintah, demonstrasi besar-besaran yang menyusahkan rakyat, memburukkan nama negara di media antarabangsa, mengkritik dan menghina sistem kehakiman dan banyak lagi.
Selamatkan Malaysia Pembangkang 
“Bagi saya, sebenarnya kempen Selamatkan Malaysia itu adalah untuk selamatkan Malaysia daripada pendekatan politik negatif yang dipelopori oleh pembangkang. Kita perlu selamatkan Malaysia daripada pendekatan politik kebencian, politik persepsi, fitnah dan tohmahan yang selama ini diamalkan oleh pihak pembangkang.

“Pembangkang perlu sedar, bahawa kempen Selamatkan Malaysia ini bagaikan menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.  Siapakah yang lebih membuat huru hara dan merosakkan nama negara kalau tidak pembangkang?

“Sehingga ke hari ini, pembangkang tidak serik-serik dan masih lagi menggunakan taktik politik yang sama iaitu fitnah, membangkitkan sentimen perkauman dan agama yang boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat di negara ini.

“Saya kira, adalah lebih penting Malaysia perlu diselamatkan daripada pendekatan politik seperti ini yang tidak mendatangkan kebaikan pada rakyat dan negara,” tegas beliau kepada media di sini hari ini.

Pendekatan politik pembangkang ini amat jauh beza dengan pendekatan politik yang diamalkan oleh  Barisan Nasional yang mengambil kira nasib semua kaum tanpa mengira agama dan warna kulit serta menekan sikap hormat menghormati tanpa mengira kaum dan agama.

“Keunikan Malaysia ialahperpaduan di dalam perbezaan. Perpaduan dan keharmonian selama ini terbentuk atas kebijaksanaan pemimpin BN yang mengamalkan pendekatan politik tanpa mengira kaum dan agama.

“Kempen Selamtkan Malaysia yang cuba diketengahkan oleh pembangkang ini hanyalah satu kempen untuk survival politik mereka saja. Pembangkang sebenarnya sudah mula melihat penentangan rakyat terhadap pendekatan politik kebencian yang cuba merosakan perpaduan dan keharmonian antara kaum selama ini.

“Sebab itu, saya rasakan kempen Selamatkan Malaysia itu lebih tepat ditujukan pada mereka kerana kita kena selamatkan Malaysia daripada pendekatan politik fitnah dan tohmahan yang dibawa oleh pembangkang yang boleh menghancurkan perpaduan dan nama baik negara kita,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment