Friday, October 11, 2013

6 Penjenayah Rebah, Rakyat Makin Rasa Selamat

10 Oktober 2013


opscantas
DUA hari ini dipenuhi dengan khabar gembira.  Ini berikutan kejayaan pihak polis menembak mati 6 penjenayah merbahaya di Kuala Lumpur dan Ipoh.  3 semalam, 3 lagi rebah hari ini.

Disebutkan penjenayah merbahaya kerana mereka memiliki senjata api yang digunakan untuk kegiatan jenayah masing-masing sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam.

Bukan niat nak kempen, tapi tak dapat tidak sudah tentu kejayaan ini adalah hasil transformasi Polis Diraja Malaysia melalui Ops Cantas Khas, hasil idea Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Juga bukan niat nak mengutuk, tapi kejayan ini gagal dicapai oleh Menteri Dalam Negeri lama yang namanya tidak perlu penulis sebutkan disini – takut kecil hati.

Apa pun tahniahlah penulis ucapkan kepada pihak polis kerana kejayaan ini dan semoga di masa-masa akan datang, lebih ramai lagi penjenayah dengan senjata merbahaya ini ditumpaskan.  Ditembak mati lagi bagus, hidup di dunia ini menyusahkan orang lain, adalah lebih baik dia dihantar ke kubur.

Tapi pembangkang sudah tentu tidak akan biarkan kejayaan ini berterusan tanpa mempolitikkannya.  Alasan biasa, kenapa tembak, kenapa tak tangkap dan sebagainya.

Dia takde kat situ senang cakaplah, setakat baca berita dari media saja.  Yang menghadap bahaya ni anggota polis terbabit, bukan pembangkang pun.  Ini sama dengan komen tentang orang lain kena kejar anjing, kenapa tak baling batulah, kenapa tak panjat pokoklah dan sebagainya – bukan dia yang kena, senanglah cakap.

Cuba dia yang kena kejar anjing, sempat ke tak sempat nak capai batu?  Macam itulah perumpamaan.

Pembangkang marah sangat tu bukan apa, kejayaan polis menembak mati penjenayah ini, mengurangkan pendapatan di kalangan pemimpin pembangkang, terutama yang bergelar peguam.  Kalau  penjenayah ini hidup dan dihadapkan ke Mahkamah, adalah masyuk sikit.

Rakyat selamat tak selamat,  pedulikanlah, bukan ada masyuk pun.

Itu dia pembangkang, asyik fikir masyuk saja.  Lagi banyak kejadian jenayah, dia lagi suka sebab boleh dapat wang dari membela para penjenayah ini bila di hadap ke Mahkamah.

Mati para penjenayah ini pun kalau diikutkan ada juga untung, tapi bukan dalam bentuk wang, sebaliknya dalam bentuk keuntungan politik jangka panjang, nak-nak yang boleh dijadikan isu perkauman.

Penulis harap polis tidak terganggu dengan permainan politik pembangkang dan meneruskan usaha mereka untuk mengurangkan lagi kadar jenayah di negara kita.  Pembangkang itu pedulikanlah, dah memang takde kerja lain pun.

Ikut pembangkang, apa yang betul dengan polis ni?  Orang awam ramai ditembak, polis yang salah kononnya tidak bertindak tegas dan gagal mengurangkan kadar jenayah.  Bila penjenayah kena tembak pun, polis masih salah lagi, kononnya tak ikut prosedur dan sebagainya.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment