Friday, October 25, 2013
Perangi Kongsi Gelap Memaksa Guan Eng Tubuh Sukarelawan Baju Purple?
Beberapa penggal yang lepas pakatan pembangkang mengkritik hebat anggota keselamatan Negara kita. Imej polis telah dicalar, dikeji dan dipersendakan tahap maksima. Walau segigih manapun pengorbanan anggota polis dalam melaksanakan namun mereka tetap disalahkan oleh pembangkang. Manakala dalam waktu yang sama pembelaan demi pembelaan terhadap penjenayah telah dilaksanakan dan dilancarkan oleh mereka.
Oleh itu memang menjadi satu keanehan dan kemushkilan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng @ tokong telah menubuhkan dan mencipta pasukan sukarelawan Berbaju Ungu. Ini jelas menunjukkan sikap hipokrasi yang melampau DAP. Dalam keadaan mereka mengkritik teruk anggota polis dan membela penjenayah, mereka dengan bangganya memperkenalkan “polis” mereka.
Adakah mereka pasti bahawa sukarelawan berbaju ungu ini mampu menjaga keamanan? Atau adakah ianya sekadar berselindung disebalik organisasi kongsi gelap yang begitu menyokong kuat gerakan terancang DAP? Atau adakah mereka ini anggota “stand by” untuk memulakan provokasi ganas terancang? Adakah mereka ini telah menerima “senjata” rahsia DAP?
Semua perkara ini harus diperiksa dengan teliti bagi memastikan gerakan ala “Al Qaeda” versi Cina ini gagal mengganggu gugat Negara. Setelah berlaku pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selang beberapa hari lawatan pakatan pembangkang ke Filipina bertemu “mastermind” Nur Misuari maka segala gerak langkah pembangkang yang menimbulkan keraguan harus diberi perhatian dan dipantau dengan teliti.
Dalam keadaan pakatan pembangkang melancarkan perang psikologi yang keterlaluan memang tidak mustahil mereka juga bersedia dari segi anggota “polis” mereka memandangkan KDN telah melancarkan “perang” besar-besaran terhadap kongsi gelap. Baru-baru ini, panggilan ‘anjing’ oleh Ketua Publisitinya, Tony Pua terhadap Pendaftar Pertubuhan, yang ramai kakitangan Melayu dan sebuah akhbar Melayu menunjukkan betapi berani dan celuparnya mereka. Lim Kit Siang juga telah menggelar Perdana Menteri ‘syaitan’ manakala anaknya, Lim Guan Eng turut memanggil Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai ‘Nazi’.
Walaupun mereka telah dituntut memohon maaf namun pemimpin DAP ini tidak berbuat demikian. Ini merupakan situasi yang mendorong bangsa Cina yang lain untuk lebih biadap memandangkan pemimpin mereka telah menunjukkan contoh cara untuk kurang ajar dan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. Ini kerana “Prejudis DAP terhadap Melayu sangat tebal. Sikap rasis dan cauvinis sudah sebati dengan parti ini”
DAP sudah bersedia dari segi fizikal dan mental apabila mereka berani secara terang melawan dan menghina kerajaan Barisan Nasional dan bangsa Melayu. Satu insiden wakil rakyat DAP yang tidak mahu memakai songkok apabila masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana menganggap itu sebahagian pakaian Melayu menunjukkan kebencian dan rasis yang mendalam terhadap bangsa Melayu. Pada Ogos 2008, Gwee Tong Hiang (wakil DUN Bentayan) dihalau keluar kerana melanggar protokol dan tidak menghormati dewan. Namun apabila pemimpin Melayu cuba mempertahankan HAK dan KEISTIMEWAAN bangsa Melayu sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan maka beliau akan dituduh rasis. HENTIKAN sikap APOLOGETIK apabila membela agama bangsa dan Negara.
Kewujudan 50 tahun, DAP amat tidak bermakna. Mereka masih lagi parti yang dianggotai hampir keseluruhannya oleh orang Cina dan memperjuangkan kepentingan kaum Cina yang tidak dilindungi dalam perlembagaan kerana mereka merupakan kaum pendatang yang dibawa oleh pihak British untuk melombong bijih timah semasa zaman penjajahan British. Namun jelas di sini, bangsa Cina melalui DAP mempunyai agenda yang cukup tersusun untuk merampas tanahair dari Tuan Tanah Melayu ini.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment