Friday, October 25, 2013

PAS Buat Lawak Mahu Calon Macam Azizan

3 Oktober 2013


azizan 2
Oleh Nur Azlina Shaari

Menerusi laporan Sinar Harian Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau mahukan calon PAS memiliki ciri sama seperti bekas Menteri Besar Kedah, Arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk bertanding pada 4 November depan.

Calon yang memiliki ciri dan sifat kepimpinan seperti Azizan bagi Hadi Awang adalah satu kelebihan bagi parti PAS yang ingin bertanding dalam PRK di DUN Sungai Limau.

Minggu lalu Azizan meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan yang serius dan menyebabkan kerusi di kawasan tersebut menjadi kosong.

“Kalau boleh, kita nak calon itu seperti Azizan. Sama ada calon tempatan atau luar, itu terpulang kepada PAS negeri dan Pusat yang tentukan.

“Syarat yang kita utamakan ialah calon itu mesti boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk membawa mesej PAS. Itu yang penting,” kata Hadi Awang.

Dari kenyataan Hadi Awang, beliau mempamerkan betapa Azizan adalah seorang pemimpin yang sangat disanjung tinggi dan dihormati oleh ahli-ahli PAS serta pemimpin-pemimpin tertinggi parti Islam tersebut.

Jelas menunjukkan, sepanjang hayat Azizan berkhidmat sebagai MB dan juga ahli PAS, arwah sentiasa mengekalkan prestasinya sebagai pemimpin yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab. Lebih-lebih lagi sebagai ADUN Sungai Limau.

Justeru, dapat dirungkaikan secara awal, hilangnya Azizan dalam parti PAS sebagai satu kehilangan yang amat besar.

Dan mungkin juga memberikan impak besar dalam struktur pemerintahan parti PAS Kedah di kawasan itu kerana tiada lagi seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa nama PAS.

Namun, kenyataan Hadi Awang ini umpamanya seperti ala-kadar sahaja dan bukanlah pujian yang ikhlas bunyinya.

Memandangkan PRK Sungai Limau bakal berlangsung dalam tempoh sebulan sahaja lagi, nama arwah Azizan dicanang merata bagi menunjukkan kawasan DUN PAS itu adalah kawasan yang dijaga baik oleh parti itu.

Menyingkap kembali sepanjang khidmat Azizan dalam parti PAS dan juga sebagai ADUN, tiada sesiapa yang tidak dapat menafikan betapa ramainya ahli-ahli PAS sendiri begitu dengki terhadap diri Azizan.

Sewaktu Azizan sering kali jatuh sakit dan adakalanya terlantar lama di katil, ahli-ahli PAS bahkan pemimpin PAS ada yang mengatakan Azizan layak mendapat ‘balasan’ Tuhan sedemikian rupa kerana kononnya Azizan tidak menjaga kepentingan parti PAS.

Bermula dari situlah timbulnya konspirasi dari pihak-pihak yang dengki ini untuk menjatuhkan dan memburukkan imej serta nama Azizan.

Arwah Azizan juga tidak menafikan dalam satu media secara terbuka terdapatnya pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang tidak mahu beliau berkhidmat dalam PAS dan seharusnya berundur dari gelanggang politik Kedah. Semuanya kerana insan-insan tersebut terlalu gilakan kuasa dan pangkat yang tinggi.

Selepas PRU13 juga memperlihatkan keadaan parti PAS yang terlalu marahkan Azizan kerana Kedah kalah teruk dan berjaya diambil semula oleh kerajaan BN.

Sikap tidak menghormati atau biadap juga sudah awal-awal lagi ditonjolkan oleh puak PAS bila mana mendapat tahu berita kembalinya Azizan ke Rahmatullah dengan cara, terlalu gelojoh mencari pengganti untuk DUN Sungai Limau.

Justeru, apabila Hadi Awang mengatakan mahu calon muda yang bersifat ketokohan seperti Azizan menimbulkan persoalan di mana kejujuran parti Islam itu terhadap diri Azizan?

Benarkah PAS mencari calon yang mempunyai sifat kepimpinan seperti Azizan walhal selama ini hanya kutukan sahaja yang diri arwah terima?

Ini bukanlah mahu mengungkit kembali kisah atau perbuatan yang telah dilakukan oleh insan yang sudah tiada di dunia ini.

Bagaimanapun, ia sebagai cara untuk menampakkan adakah PAS ikhlas mengangkat nama Azizan sebagai tokoh pemimpin yang bertangunggjawab membawa nama PAS selama ini.

Selebihnya, hanya rakyat yang mampu menilai memandangkan PAS sejak dahulu lagi tidak pernah menyatakan kebaikan arwah.

Sebaliknya, apabila sudah tiada, luaran sahaja mencanangkan kebaikan Azizan manakala di dalam hati, bersorak gembira perginya insan yang dilihat tidak membawa kepentingan kepada parti.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment