Friday, October 11, 2013
Terkini: Pemilihan UMNO Dan SPRM
Menjelang pemilihan UMNO, seperti biasa, “kempen-kempen” tidak rasmi telah pun bermula. Nazari, akan bertanding jawatan Ketua Pemuda di bahagiannya. Beliau memulakan langkah pertama.
Strategi pertamanya ialah menelefon semua perwakilan untuk sesi “ramah mesra”. Seramai 100 perwakilan telah setuju untuk hadir di salah sebuah hotel 5 bintang yang terkemuka di Lembah Klang.
Pada majlis suaikenal tersebut;
Nazari: Tuan-tuan… mlm ini kita freestyles… order what ever you want! Setuju?
Perwakilan: Yeeeehhhhaaaaaaa….
Sambil perwakilan menjamah hidangan lazat, Nazri bingkas di ruang hadapan, untuk memulakan kempen.
Nazari: Tuan-tuan, saya akan membawa transformasi di bahagian ini… tuan-tuan setuju?
Perwakilan: Setujuuuu…!!!
Nazari: Tuan-tuan, saya akan pastikan, suara anak muda didengari dan diberi tempat di peringkat tertinggi parti… setuju?
Perwakilan: Setujuuuu…!!!
Nazari: Tuan-tuan, mohon berikan undi kepada saya… setuju?
Perwakilan: Setujuuuu…
Nazari: Tuan-tuan, seperkara lagi, saya akan pastikan kita tentang habis-habisan rasuah dalam parti… setuju?
Perwakilan: SETUJUUUUUUUUUUUU…
Nazari: Oleh itu, saya tidak boleh bayar makan minum saudara malam ini.. bayarlah sendiri-sendiri..
Apa pandangan ikhlas anda tentang senario diatas?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment