Friday, October 25, 2013

Hina Raja-Raja Melayu : Agenda Hapuskan Kekuasaan Melayu

23 October 2013


HINA AGUNG
Dalam beberapa penggal yang lepas kita menyaksikan ketaksuban pembangkang melancarkan “perang” terhadap Raja-Raja Melayu secara berterusan dan tersusun. Kita harus ingat bahawa individu yang  berani  tampil menghina Raja-Raja Melayu  dan Yang Dipertuan Agong merupakan individu yang telah menerima racun kebencian  ini  secara maksima dalam masa yang agak lama.

Hasilnya maka kita boleh lihat wujudnya individu seperti seorang pemuda Cina telah menunjukkan isyarat lucah terhadap Permaisuri Agung di Lapangan Terbang Bayan Lepas  Pulau Pinang. Malahan beberapa orang pemimpin pembangkang pernah mempersendakan Yang Dipertuan Agong dalam satu majlis istiadat rasmi. Baru-baru ini pula seorang juru ukur bahan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen  selepas didapati bersalah menggunakan laman sosial bagi menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Oktober tahun lalu. Ahmad Abd Jalil, 28, yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana di sebuah institut pengajian tinggi, diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda ditetapkan.

Sebelum ini memang maruah bangsa Melayu telah dicabar dengan teruk namun disebabkan mereka tidak membalas dendam sebaliknya  diberikan hadiah kerusi Timbalan Menteri  pula apabila Hindraf mendapat anugerah hasil sikap kurang ajar mereka dahulu .

Oleh itu ini secara  tidak langsung ini  telah mendorong  bangsa  Cina  mempersoal, mempermainkan, menghina, menuding jari dan sebagainya kepada Sistem Raja Berperlembagaan dan keistimewaan bumiputera dalam negara ini. Dengan harapan sikap lembut dan mengharapkan sokongan dari bangsa Cina akan memberi keistimewaan kepada mereka  dan membolehkan mereka  menerima anugerah tertinggi Negara  seperti  kerusi Timbalan Perdana Menteri Kedua pula.

Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di- Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet), manakala raja sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Dalam lain perkataan, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. Di peringkat negeri pula raja ialah Ketua Negeri, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah ketua kerajaan.

Ini memang merupakan tamparan yang cukup hebat dan penghalang utama cita-cita pembangkang untuk menguasai dan merampas Negara dari Barisan Nasional. Dengan adanya kuasa Raja-Raja Melayu Berpelembagaan maka segala tindak tanduk DAP akan terbatas dengan drastik.

Kedaulatan dan kuasa raja berkekalan dan terjamin sebagaimana mengikut perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan iaitu: “181.(1) Subject to the provisions of this Constitution, the sovereignty, prerogativies, powers and jurisdicition of the Rulers and the the provisions of this Constitution, the jurisdiction of the Ruling Chiefs of Negeri Sembilan within their respective territories as hitherto had and enjoyed shall remain unaffected”.

Dengan itu sistem Raja Berpelembagaan Negara kita sudah cukup sempurna untuk menjaga kedaulatan Negara, bangsa Melayu, agama Islam dan tanahair kita. Maka sebarang cetusan provokasi untuk mengganggu gugat sistem yang sedia ada harus dikenakan tindakan yang tegas dan berterusan.  Kami mahukan pemimpin yang tegas  dapat menjaga maruah dan keharmonian Negara bukannya yang sentiasa “apologetik” terhadap pengkhianat Negara.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment