Friday, October 11, 2013
Air Kelantan: Nak Pinjam RM 2 Billion Lagi? Jangan Diberi!!!
WAH, senang-senang hati betul nak ini kerajaan negeri PAS Kelantan mahu minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan untuk selesaikan masalah air. Siang malam dok kondem kerajaan Persekutuan BN, tak Islamik, syaitan dan sebagainya, bila tengkuk dah tersepit, senang hati mak ayah dianak mintak pinjam wang dengan kita.
Jangan dibagi.
Ini semua auta PAS nak cari duit cara mudah, bukan nak bantu rakyat. BN perlu ingat, siapa pun Menteri Besar, penyakit PAS itulah dia - hanya fikir keuntungan sendiri.
Dulu Nik Aziz pun bawak muka selipar mintak pinjam wang RM 600 juta dengan kerajaan persekutuan, tapi masalah airnya selesai pun tidak. Kita pun tak tahu apa yang dibuatdengan wang itu sehinggakan bekalan air di Kelantan jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain.
Sabah dan Sarawak yang muka bumi bergunung ganang serta keluasannya yang berkali ganda dari Kelantan itu pun, tahap bekalan air bersihnya adalah jauh lebih baik.
Menunjukkan bukan masalah wang, tapi masalah pentadbiran dan sememangnya PAS ini tidaklah tahudia mentadbir, harap pada pendewaan berlebihan ke atas Nik Aziz sahaja untuk kekal lama sebagaikerajaan negeri.
Penulis harap kerajaan persekutuan biarkan PAS selesaikan masalah tersebut. PAS kan bijak (dia katadia bijaklah), tidak adalah yang lebih bijak dalam Malaysia ini melainkan PAS. Setiap pergerakkan dan perbuatannya adalah dengan keredhaan Allah swt belaka (dia cakaplah).
Sekarang ini apa? Kalau bijak sangat, tidaklah terhegeh-hegeh nak mintak pinjam dengan persekutuan.
Lagipun, bukankah bumi PAS sekarang sudah ada minyak. Pulak tu, minyak tersebut sudah siap prosesbila keluar dari bumi, tidak dalam bentuk minyak mentah, dia jadi petrol terus..hahahahaha..dengan harga minyak dunia semasa, banyak duit boleh buat tu.
RM 2 billion pun lebih rasanya.
Dah apa jadi dengan riuh rendah pasal penemuan tu dulu? Dah dikaji belum telaga minyak tersebut boleh produce berapa banyak barrel satu hari. Agak-agak ada ke 100,000 tong?
Pesan penulis macam inilah, berhenti jadi bodoh, nak tahan berapa lama sangat hidup dalam dunia ni sampai semua orang nak ditipu? Akhirnya diri sendiri juga mengaku kelemahan, bukan orang lain pun yang bukak pekung.
Bertaubatlah PAS ooiii.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment