Friday, October 25, 2013

Pembangkang Cuba Cipta Negara Mesra Kongsi Gelap

25 Oktober 2013


kongsigelap1
Pembangkang sentiasa menyatakan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi terhadap penjenayah.  Mereka bersungguh-sungguh cuba mencipta “image”  buruk pihak   polis dan memberi gambaran bahawa penjenayah yang melakukan kejahatan sebagai pihak yang teraniaya. Logik akal manusia yang waras fikirannya akan tahu hakikat sebenar kedudukan pembangkang dalam  negara kita. Mungkin juga mereka memberi dorongan tersebut dengan bertujuan untuk menggugat keamanan Negara bagi memudahkan mereka merampas Malaysia dari tangan Barisan Nasional.

Dengan dorongan dari pembangkang yang begitu kuat maka ianya seolah-olah memberikan isyarat kepada penjenayah dan “kongsi gelap” bahawa mereka akan sentiasa dibela apabila melakukan kejahatan dan jenayah. Ini secara tidak langsung memberikan gambaran sebenar akan pembangkang sebagai “penjahat” yang menyediakan Negara bebas untuk penjenayah.

Memandangkan kegiatan kongsi gelap yang berleluasa dan kejam maka Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).Ini berikutan  samseng Malaysia kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an.
 
Kumpulan kongsi gelap telah berani tampil dengan bangga dan angkuh  berarak jika ada sebarang kematian melibatkan anggota kumpulannya. Sedangkan Mafia 1920-1930an pun tak seberani itu dalam menayangkan secara terang kumpulan kongsi gelap mereka. Perang mafia AS pada waktu itu telah berjaya   dirakam merupakan  insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pada hari kekasih 1929.  Dimana ianya melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia terkenal Al Capone. Namun peristiwa tersebut tidak dapat menandingi kesesakan teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan sempena kematian seorang anggota samseng.


Malahan mengikut sumber applebiru seorang peguam PKR N. Surendran didakwa membuat kenyataan bahawa beliau akan membela pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pekerja Ambank semalam.  Laporan memetik N.Surendran yakin pengawal keselamatan terrsebut mengalami tekanan dan menjadi tugas untuk beliau mempertahankan pengawal Keselamatan tersebut dan mengelakkan hukuman gantung sampai mati jika pengawal keselamatan tersebut disabitkan dengan kesalahan membunuh. Keluarga pengawal keselamatan yang membunuh pekerja Ambank juga dilaporkan telah berjumpa dengan N. Surendran bagi membantu dalam kes pembunuhan ini.

Maka tindakan pembangkang yang berterusan menentang arus dengan tetap menyatakan pendirian menyebelahi penjenayah harus difikirkan dengan mendalam akan maksud tersurat dan tersirat mereka kerana kami rakyat Malaysia mahukan sebuah Negara yang aman dan tenteram.

Sikap pembangkang yang menyokong penjenayah memberi isyarat bahawa jenayah amat di alu-alukan harus diterangkan kepada semua rakyat bahawa sekiranya mereka mengundi pembangkang maka itu bermakna mereka mengundi untuk menggalakkan kejadian jenayah terus berleluasa di Negara kita.

Selama ini kita naik muak apabila pembangkang mencari ruang membela sesiapa sahaja yang melakukan jenayah seperti kes Kugan, Beng Hock, Amirul Rasyid dan lain-lain lagi.  Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan cintakan keamanan maka menjadi kewajipan kita memastikan pembangkang terus ditolak dan dikuburkan oleh rakyat.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment