Friday, October 11, 2013

Kasihan Rakyat Kelantan Gara-Gara Pengundi Luar… Airr..!! Airr…!! Airr…!!

9 Oktober 2013


isuair[1][1]
Kisah air di Kelantan bukanlah satu perkara baru. Rata-rata, ianya menjadi bualan harian penduduk Kelantan yang saban hari merungut akan kualitas kandungan air tersebut.

Ada yang menyebutnya ibarat “air laici”, ada pula yang berpendapat laksana “air teh tarik”.

Itu bukanlah satu persepsi, malah gambar-gambar air yang dibekalkan melalui pili-pili domestik jelas menunjukkan kadar bahaya yang mungkin akan ditanggung oleh rakyat Kelantan. Virus E.Coli, logam berat seperti arsenik (sila rujuk Anwar Ibrahim untuk maklumat lanjut berkenaan Arsenik) atau apa jua bentuk entiti yang boleh memudaratkan boleh diandaikan terkandung di dalam air tersebut, hanya dengan melihat warnanya sahaja.

Negeri yang diwar-warkan mendaulatkan Islam seharusnya faham, pemerintah perlu untuk menyediakan kemudahan asas hidup kepada rakyatnya, dan bukannya sekadar menjadi jaguh hudud semata. “Priority” perlu difahami, bukan retorik politik semata.

Tun Mahathir, atau lebih mesra dengan pangilan “MAHAZALIM” oleh penyokong PAS, sewaktu bergelar Perdana Menteri, bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC)  iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.

Salah satu tujuannya adalah untuk memperbaiki sistem kemudahan asas, termasuklah bekalan air bersih.
Air kelantan terkotor
Isu ini cukup hampir kepada rakyat Kelantan kerana pertaruhannya cukup tinggi, iaitu nyawa. Menyumbang sebagai salah satu isu besar yang perlu diselesaikan, UMNO berjanji untuk menyediakan bekalan air terbaik kepada rakyat Kelantan. Tidak hairanlah sekiranya Gelombang Merah sebelum PRU13 dilihat cukup gagah dan bersedia untuk menjadi jambatan kepada cita-cita rakyat Kelantan.

Keputusan PRU diumumkan, sekaligus menidakkan iltizam dan kemahuan rakyat Kelantan. Itu adalah demokrasi berperlembagaan, di mana rakyat Kelantan sendiri memilih parti mana untuk menerajui kerajaan negeri.

Namun, persoalannya, rakyat Kelantan yang mana?

Perbincangan penulis dengan beberapa sahabat dari negeri Cik Siti Wan Kembang menyifatkan faktor pengundi luar menjadi titik penting kemenangan PAS di Kelantan. Dengan jumlah yang mencecah ratusan ribu, tidak hairanlah sekiranya sahabat-sahabat ini menjadikan faktor ini sebagai sebab musabab, kerana menurut mereka, “mood” pengundi tempatan untuk berubah cukup tinggi. “Acu Test Sepenggal” dan “Tukar” meniti di setiap bibir rakyat Kelantan pada waktu itu.

Rakyat Kelantan yang tahu akan situasi kehidupan mereka di negeri itu mahu berubah. Tetapi, ianya dinafikan oleh pengundi luar yang balik untuk mengundi.

Lebih malang, pengundi luar ini sebenarnya menikmati kehidupan yang jauh lebih baik di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, dan lain-lain. Mereka tidak menghadapi masalah bekalan air, dan mereka dilimpahi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan hidup.

Setelah “membentuk” kerajaan PAS Kelantan, sekali lagi pengundi luar kembali ke negeri “angkat” mereka untuk menyambung keselesaaan hidup. Tinggallah rakyat Kelantan di Kelantan, meniti hidup seperti adanya hari ini, tanpa perubahan yang diperlukan.

Kasihan penulis memikirkan nasib rakyat Kelantan. Mungkin Husam Musa boleh mula berkira-kira agar dana Projek Lebuhraya Rakyat digunakan untuk membina Projek Air Untuk Rakyat yang jelas perlu diutamakan.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment