Friday, October 25, 2013

Bekas Pensyarah dan Guru Pondok Diumum Calon BN DUN Sungai Limau

21 Oktober 2013


calonbn
YAN 21 Okt – Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg. Limau.

Nama Dr. Sohaimi, 52, diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengumuman Calon BN yang diadakan di Bilik Gerakan BN PRK Sg. Limau di sini hari ini.

Selain bekas pensyarah, Dr. Sohaimi juga merupakan bekas guru sekolah agama rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN Sg. Limau ini.

Beliau kini Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan kepimpinan BN yang lain. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment