Friday, October 25, 2013

Kalimah Allah : "Tangan Ghaib" Dalang Utama Berselindung Disebalik NGO

23 Oktober 2013


kristian kalimah allah
Kecabulan pembangkang  dalam menangani isu Kalimah Allah benar-benar mencabar kesabaran umat Islam. Gerakan terancang untuk memperlekehkan agama Islam di mata dunia berjalan dengan bantuan PAS dan PKR. Mereka telah menyatakan sokongan agar Kalimah Allah ini diguna pakai oleh pihak Kristian. Namun begitu campurtangan dari pihak antarabangsa akan membuktikan bahawa terdapat “tangan-tangan Ghaib” dari luar cuba mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara.

Baru-baru ini beberapa tuntutan telah dibuat  oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  akan kedudukan Kalimah Allah ini . Jelas mereka cuba mengubah perlembagaan dan hakikat bahawa Islam merupakan agama Persekutuan. Mereka dengan jelas tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Tindakan Comango itu sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata. Tujuan utama mereka cuba  meletakkan apa sahaja dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan atau majlis-majlis agama Islam negeri di bawah seliaan serta pemerhatian Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Ketegasan kerajaan menangani isu ini amat diperlukan. Para pengundi  Barisan Nasional yang terdiri daripada umat Islam sedang menuntut kerajaan mempertahankan kedaulatan dan maruah Islam. Oleh itu Kerajaan perlu menjelaskan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bahawa sekalipun rakyat di negara ini terdiri daripada penganut pelbagai agama dengan 60 peratus daripadanya umat Islam, Malaysia berkewajipan untuk memelihara agama Islam setiap masa. Kegagalan perwakilan negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang  pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam.

Comango yang membawa suara pakatan sebagaimana tuntutan mereka dalam Demo Jalanan  telah juga menuntut  hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini. Ini merupakan tindakan yang cukup mengaibkan umat Islam. Maka DAP, PKR dan PAS yang sentiasa berada selari dengan tuntutan COMANGO ini dengan turut serta dalam semua rally demo jalanan mereka wajib dipulaukan dan dihapuskan dari bumi Malaysia demi menjaga kedaulatan dan maruah agama islam, bangsa melayu dan tanahair.

Tindakan yang paling mencabar kedaulatan Negara  apabila Comango  mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang baru-baru ini telah diputuskan oleh mahkamahh. Mereka juga  menuntut ditarik balik  larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur. Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha berdakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad Manji.

Kenyataannya  NGO-NGO ini membawa suara pakatan pembangkang untuk mengheret Malaysia ke dalam kancah hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya setempat. Setelah mereka gagal dalam tuntutan Kalimah Allah di Mahkamah Rayuan mereka bercadang membawa isu tersebut ke Mahkamah Persekutuan kelak selain membawa keseluruhan isu mereka  ke Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Mereka cuba mewujudkan sentimen dengan beralasankan masyarakat Kristian penduduk Sabah dan Sarawak sedangkan mereka cuba mencipta isu untuk menawan Sabah dan Sarawak. Mereka yang berada di dalam pakatan cuba mencabar Perkara 11yang  perlu dibaca dalam konteks kebebasan fundamental dan satu-satunya kekangan ke atas kebebasan beragama adalah dalam Perkara 11(4) berhubung pengembangan agama lain selain agama Islam ke atas orang Islam.

Golongan Kristian perlu menghormati adat dan tradisi berbeza di semenanjung dalam isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dan tidak membangkitkan lagi soal keputusan mahkamah. Namun atas hasutan pihak pembangkang mereka cuba diajar memberontak akan isu ini. Namun amat jelas sekali bahawa tujuan utama mereka memperjuangkan penggunaan Kalimah Allah untuk penganut Kristian adalah untuk memurtadkan umat Islam. Dengan sebab itulah maka  Perkara 11(4) cuba dicabar.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment