Friday, October 11, 2013

Ketidakhadiran Obama Satu Rahmat Kepada Malaysia?

10 Oktober 2013


obama anwar ibrahim
Seluruh dunia telah digemparkan dengan berita penutupan kebanyakkan agensi kerajaan Amerika Syarikat gara-gara pembentangan bajet yang tidak diluluskan oleh pembangkang, iaitu parti Republikan. Ia memberi impak yang besar kepada penjawat awam negara itu yang secara automatisnya berstatus penganggur.

Berikutan dari peristiwa ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama terpaksa membatalkan lawatannya ke beberapa buat negara di Asia Tenggara, termasuklah Malaysia.

Pembatalan tersebut mendapat liputan luas media dalam negara, juga luar negara. Apa signifikannya lawatan tersebut ke Malaysia, sehingga ada yang menggambarkan seolah-olah satu kerugian besar kepada negara.

Bagi penulis, ia hanya berdasarkan hubungan diplomatik semata. Datangmu tidak ku undang, pergi mu tidak ku halang.

Mengimbas kembali sejarah negara ini, kehadiran Presiden Amerika Syarikat sebenarnya membawa bencana malapetaka kepada rakyat di negara ini. Mungkin ramai yang menganggap penulis adalah anti-Amerika dengan meletakkan situasi itu sedemikian rupa. Terpulang kepada anda untuk menilai.

Kalau tidak silap pengamatan penulis, pada 1969 , buat pertama kalinya Malaysia telah dilawati oleh Presiden Amerika Syarikat ketika itu, iaitu Lyndon Johnson. Apa yang berlaku selepas itu, negara dilanda krisis ekonomi.

Mungkin ramai yang masih ingat pada 1998, sewaktu Al Gore yang menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat hadir sebagai tetamu di negara ini, dengan bongkaknya menghina kepimpinan dan kedaulatan negara apabila mengeluarkan kenyataan yang menyokong gerakan reformasi yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Hasil daripada itu, semakin menjadi-jadi keganasan jalanan oleh penyokong Anwar Ibrahim.

Kecenderungan pembangkang bersuara tentang ketidakadilan PRU memuncak kira-kira dua minggu sebelum Obama dijadualkan hadir keKuala Lumpur. Tiba-tiba sahaja suara mereka “hilang” selepas pembatalan lawatan Barack Obama. Apakah mereka merancang untuk mengadakan satu lagi siri himpunan haram sekiranya Barack Obama berada di Kuala Lumpur bertujuan untuk memburuk-burukkan negara di mata dunia?

Apa yang penulis lontarkan adalah kesan di sebalik lawatan kepimpinan tertinggi mereka kepada Malaysia. Samada ianya kebetulan, dirancang atau tanda kekuasaan Allah yang mahu kita melihat, wau’allahua’lam. Yang pasti, dengan ketidakhadiran Obama, Malaysia terselamat, dan kemungkinan agenda untuk menghuru-harakan negara oleh pihak tidak bertanggungjawab dapat dielakkan.

Yang pasti, Allah sekali lagi memberi rahmat kepada bumi bertuah ini, setelah memberi kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU yang lalu, yang juga digelar “Mother Of All General Elections”.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment