Friday, October 11, 2013
Enam Calon Naib Presiden, Penyandang Diingat Jangan Ulangi Sejarah Team Wawasan
21 September 2013
Enam Calon bakal merebut tiga tempat sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013/2016 setelah sesi pencalonan ditutup jam lima petang tadi.
Mereka ialah tiga orang penyandang – Datuk Seri Ahmad Zhaid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan tiga orang pencabar – Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Bagaimanapun banyak ahli UMNO menghubungi portal ini menyatakan kekesalan mereka kerana dilihat senarai barisan Naib Presiden sedia ada cuba mewujudkan pakatan sesama mereka. Tindakan mereka hadir bersama menghantar borang pencalonan dan kemudiannya bercakap kepada pemberita secara bersama menampakkan usaha mereka mengekalkan jawatan secara bersama.
Antara sms yang diterima oleh editor:
1. “Pertandingan Naib Presiden parti tidak wajar dilakukan secara berpasukan. Kita sudah ada pengalaman dalam ketika kemunculan ‘Team wawasan’ suatu ketika dahulu.”
2. “DS Zahid jangan berlebih bawa orang lain sebagai gandingan Naib Presiden, nanti semua sekali tumbang.”
3. “Cabaran besar kepada ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada. Ahli UMNO sudah melihat gerak kerja mereka. mungkin akan ada yang kecundang teruk.”
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment