Friday, October 11, 2013

“Anjing UMNO” : Pembangkang Cuba Putarbelit Makna Bila Polis Siasat Aduan

8 Oktober 2013


Tony Pua gelar Utusan ROS anjing Umno(1)
Sikap pembangkang yang keterlaluan dalam cuba mencetuskan provokasi melampau  amat  tidak professional. Mereka cuba menutup kelemahan dalam DAP dengan mengalihkan perhatian dari isu pemilihan CEC DAP ala “clown”  kepada tuduhan Ketua Publisiti DAP Tony Pua berhubung kenyataannya yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai ‘’anjing UMNO’ .

Kerajaan tidak sepatutnya terperangkap dalam permainan DAP ini. Walaubagaimanapun mereka tidak boleh dibiarkan berbuat sesuka hati dan lepas dari tindakan jahat tersebut. Itu adalah tindakan biadap. Pertikaian dan penyelewengan telah berlaku dalam DAP. Oleh itu mereka cuba menutupnya dengan  mengkritik Utusan Malaysia dan ROS.

Tony tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan itu sedangkan isu-isu yang dikaitkan adalah berpunca dari dalaman parti DAP itu sendiri malah kewujudan ROS bertujuan untuk memantau setiap pertubuhan yang ada dalam Negara.

Malahan kenyataan pembangkang yang cuba memutarbelitkan istilah “anjing” juga seperti cuba menghina kepintaran bangsa Melayu atau dengan kata lain cuba memperbodohkan Melayu. Menurut blog Lim Kit Siang, http://blog.limkitsiang.com/2013/10/07/of-running-dogs-misunderstanding-and-proving-the-phrase/
Menurut artikel tersebut  RUNNING DOG is “an English translation of the Mandarin word that refers to lackeys or lapdogs”

Timbalan Ketua Polis Negara menjadi sasaran serangan pembangkang apabila beliau mendedahkan bahawa pihak polis sedang meneliti Laporan Polis yang telah dibuat terhadap Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai ‘’anjing UMNO’ .

Isu yang cuba dimanipulasi di sini adalah samada Timbalan Ketua Polis Negara faham akan maksud “running dogs”. Malahan ianya cuba memperlekehkan tahap pemahaman English beliau dengan menyarankan Bakri Zinin pergi ke kelas Bahasa Inggeris. Ironinya pihak DAP ini seolah-olah beranggapan mereka bertukar menjadi “Mat Salleh” setelah menganut agama Kristian.

Walaupun pembangkang cuba memutarbelitkan perkataan anjing tersebut 360 darjah namun hakikat bahawa penggunaan anjing oleh Tony Pua itu sebenarnya tetap bermaksud menghina dan mencaci akibat kemarahan melampau mereka kerana keburukan dan kelemahan ketara DAP dalam pemilihan CEC telah didedahkan dan terbongkar.

DAP tidak mampu menyembunyikan perangai semulajadi kurang ajar melampau mereka. Setiap hari benih kebencian akan ditabur dan ditanam oleh mereka.  DAP memang selama ini menjadi duri dalam daging yang sentiasa mencetuskan provokasi kebencian dan pemberontakkan.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment