Friday, October 25, 2013

Bantahan Pemilihan UMNO: Wajib Diteliti Elakkan Politik Kotor Dan Penyusupan Agen Pembangkang

24 Oktober 2013


BANTAHAN PAU
Pemilihan UMNO yang telah berlangsung baru-baru ini  menjadi kayu pengukur keupayaan UMNO dalam  mengenalpasti manusia talam dua muka yang menjadi alat pembangkang disebabkan ketamakan dan kerakusan kuasa yang melampau.  Para pejuang sejati yang berjihad untuk mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair  perlu dipertahankan daripada menjadi mangsa manusia yang rakuskan kuasa dengan membawa agenda pembangkang dalam kempen mereka.

Oleh itu UMNO telah  menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti setiap bantahan terhadap keputusan serta permasalahan yang berlaku sepanjang pemilihan parti itu baru-baru ini. Kekuatan UMNO yang amat digeruni pembangkang membuatkan mereka berusaha memusnahkan UMNO dari dalam dengan  menjerat  pemimpin yang kerakusan kuasa dan penuh dengan dendam peribadi ke dalam perangkap mereka supaya pemimpin berwibawa yang mampu melonjakkan kegemilangan UMNO dapat dicantas dan dikuburkan dengan kejam.

Jawatankuasa khas itu akan menjalankan kajian terperinci terhadap semua bantahan yang  dikemukakan sebelum membuat keputusan. Dengan jumlah bantahan yang banyak , jawatankuasa khas ini berada dalam keadaan yang amat sibuk  menjalankan kajian terperinci dan keputusan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi. Dengan ini ketelusan dan kejujuran pejuang sebenar dapat dikenalpasti bagi menaikkan mertabat dan maruah UMNO yang cuba dicalarkan dengan teruk oleh pembangkang.

Antara perkara dibangkitkan termasuklah  tiada ruang mengundi yang tertutup disediakan kepada perwakilan, terdapat individu bukan petugas rasmi berkeliaran di kawasan mengundi, gangguan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada calon-calon bertanding, manipulasi senarai perwakilan yang telah ditauliahkan  dan bilik pengiraan undi tidak dikawal dengan baik, Disamping itu wujud keraguan terhadap keputusan akibat jumlah undi dan bilangan perwakilan tidak sama selain pengiraan undi tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan dan dikhuatiri terdapat unsur-unsur manipulasi daripada pihak tertentu.
 
Lazimnya sewaktu pemilihan kebanyakan bantahan akan mula dihantar bagi membuat bantahan mana-mana keputusan di peringkat Bahagian. Oleh itu Jawatankuasa khas yang meneliti setiap bantahan yang dihantar itu menpunyai asas, jawatan kuasa akan menyiasat dan mengambil tindakan daripada laporan yang diterima.


UMNO sebagai teras dan tonggak Barisan Nasional telah membuktikan prestasi yang cemerlang dalam keadaan tsunami politik bangsa Cina dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas.  Dengan bergantung hamper sepenuhnya sokongan daripada pengundi Melayu maka Barisan Nasional dapat terus mengekalkan kuasa dan meneraju  negara sekali lagi.

Ini merupakan tamparan yang cukup hebat terhadap DAP.  Mereka amat yakin dengan perancangan yang cukup rapi  dan teratur maka Malaysia akan jadi milik bangsa Cina sepenuhnya.  Perancangan DAP telah menghasilkan hampir 99% pengundi Cina telah ikrar taat setia untuk menolak Barisan Nasional dan  berkonsepkan pecah dan perintah mereka telah memastikan bangsa Melayu berpecah  membentuk PKR dan PAS. Namun kekuatan UMNO satu-satunya penghalang utama cita-cita DAP.

Maka bermulalah pula perancangan yang cukup teratur untuk merosakkan dan meruntuhkan UMNO dari dalam dengan memastikan “orang-orang” dan “agen” pembangkang berada di dalam UMNO bagi memastikan perjuangan UMNO hancur dipertengahan jalan. Oleh itu pemilihan UMNO kali ini amat kritis dan penting bagi memastikan segala cubaan jahat membenamkan pemimpin yang berwibawa dapat dikenalpasti  dan  dikenakan hukuman yang  setimpal.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment