Friday, October 11, 2013

Era Pembangkang Mempergunakan Undang-undang Dan Majlis Peguam Bakal Berakhir

8 Oktober 2013


anwarsaiful
Umum amat maklum bahawa Majlis Peguam berada dalam genggaman pembangkang. Maka tidak hairanlah apabila kes-kes yang melibatkan pembangkang seringkali menyebelahi mereka apabila dibawa ke muka pengadilan. Segala “loophole” dalam perundangan dengan mudah dipergunakan sewenang-wenangnya demi kepentingan  mereka.

Penangguhan demi penangguhan yang berlaku dalam kes-kes yang melibatkan Anwar Bin Ibrahim  sehingga mereka dapat mencari sudut “loophole” teknikal untuk membolehkan keputusan menyebelahi mereka merupakan antara contoh manipulasi dalam perundangan. Dalam rekod negara , terdapat  tiga kes yang sah Anwar ini homoseksual.  Pertama dengan adik angkat, Sukma Darmawan, kedua dengan penulis ucapan, Dr. Munawar Anes dan ketiga dengan Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Azizah. Namun manipulasi yang melibatkan teknikal menyebabkan Anwar dapat membebaskan diri dari pertuduhan.

Oleh itu Dewan Negara telah meluluskan dua rang undang-undang berkaitan perkhidmatan perundangan iaitu Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013.

Kemasukan peguam atau firma guaman asing yang hendak berkhidmat di negara ini akan dipantau oleh sebuah Jawatankuasa Pemilihan apabila Rang Undang-Undang Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 yang bertujuan meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan negara berkuat kuasa kelak.

Rang undang-undang berkenaan juga bertujuan menjadikan amalan guaman di Malaysia selaras dengan peredaran zaman.  Pindaan ini merupakan satu langkah positif yang akan memantapkan sektor perkhidmatan perundangan timbang tara khususnya dan sektor perkhidmatan negara amnya. Ini akan dapat memastikan  sektor perkhidmatan perundangan Malaysia setanding dengan negara lain.

Disamping itu juga  peguam asing yang memperolehi lesen daripada Majlis Peguam juga tertakluk kepada Lembaga Tatatertib dan lesen mereka boleh digantung, dibatalkan pendaftaran atau diperintahkan membayar denda sekiranya terlibat dengan apa-apa salah laku.

Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2013 pula mengecualikan sektor perkhidmatan perundangan melibatkan prosiding timbang tara di Malaysia daripada pemakaian Akta 166 (Akta Profesion Undang-Undang 1976).

Ini amat penting dalam memastikan pembangkang tidak mempergunakan Majlis Peguam untuk tujuan menegakkan dan membela penjenayah sekiranya ia melibatkan salahlaku dari pihak peguam itu sendiri. Umum amat maklum akan kes pembunuhan Sosilawati yang melibatkan bekas ahli Majlis Peguam itu sendiri.

Tambahan pula dalam keadaan lambakan keganasan jenayah ala kongsi gelap yang semakin berleluasa memerlukan ketegasan dalam menangani isu ini. Apabila pembangkang menyatakan pendirian secara terang-terangan dalam membela “keadilan” untuk para penjenayah maka ini seolah-olah memberikan isyarat secara tidak langsung bahawa pembangkang akan mengadakan sebuah Negara yang mesra penjenayah.

Kecaman yang berterusan terhadap anggota keselamatan Negara juga menyumbang dalam memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan dan keamanan Negara. Maka bukanlah suatu tuduhan yang melampau bahawa gambaran negatif ini jugalah yang menyumbang kepada pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu baru-baru ini.

Tindakan tegas yang dilancarkan oleh Ketua Polis Negara terhadap penjenayah kongsi gelap dapat memulihkan semula imej pasukan keselamatan yang telah difitnah dan dicemar dengan teruk oleh pembangkang. Dalam pada masa yang sama  ini dapat memulihkan imej Negara sebagai sebuah Negara yang aman dan selamat untuk para pelabur.

Kekangan dari semua sudut terhadap segala fitnah dan kejahatan pembangkang memang amat diperlukan bagi memelihara keharmonian dan keamanan negara. Aktiviti benteras jenayah kongsi gelap harus diteruskan.  Rang undang-undang yang lebih ketat harus terus dikaji. Penguatkuasaan undang-undang juga perlu berjalan seiring. Hanya dengan cara ini kita dapat matikan langkah agenda jahat pembangkang.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment