Friday, October 11, 2013

Pas Terengganu Tolak Mat Sabu?

11 Oktober 2013


mat sabu
Oleh Nur Azlina Shaari

Sejak dahulu lagi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu terlalu berangan-angan menjadi pilihan kepada setiap ahli PAS untuk menjadi pemimpin yang terkemuka dan ternama.

Namun, semalam membuktikan Mat Sabu bukanlah pilihan hati parti PAS apabila beliau dilihat bukanlah calon sesuai di kesemua enam kawasan PAS di negeri Terengganu memandangkan PAS telah selesai bermesyuarat dalam menentukan calon jawatan tertinggi PAS Pusat.

Untuk rekod, enam kawasan di negeri itu termasuk Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah memilih Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Keadaan inilah memperkukuhkan lagi Mat Sabu sentiasa ditolak oleh PAS.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M. Shukrimun Shamsudin membuat kenyataan yang dipetik dari Sinar Harian, sesiapa yang lebih memahami agama lebih layak memimpin parti tanpa mengambil kira sama ada ulama atau profesional menunjukkan Mat Sabu masih lagi tidak lengkap punyai ciri-ciri untuk diangkat sebagai pemimpin parti.

Memandangkan suatu ketika dahulu Mat Sabu pernah diheret dalam kes skandal seks bersama isteri sahabatnya sendiri, kisah itu sedikit sebanyak mencalarkan nama parti PAS. Jadi, sudah tentu nama Mat Sabu sudah awal-awal disenarai hitamkan sebagai calon utama dalam setiap hal sekali pun.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menyatakan Terengganu bukanlah medan buat Mat Sabu untuk menentukan nasib hidup beliau.

“Terengganu bukan tentukan, mesti campur semua negeri di seluruh negara,” katanya.

Kebarangkalian juga parti PAS sudah hilang keyakinan terhadap kredibiliti Mat Sabu untuk memimpin walaupun Mat Sabu telah dilantik menjadi Timbalan Presiden sejak 2011 lagi.

Mungkin juga PAS sudah tidak mahu lagi melihat Mat Sabu memperjuangkan PAS setelah baru-baru ini beliau meluahkan perasaan kepimpinan PAS semakin teruk dan mengakui sendiri perangai orang PAS semakin buruk.

Kita sedia maklum, isu Syiah dan Mat Sabu sentiasa berkaitan. Sekali isu Syiah dibangkitkan, nama Mat Sabu tidak pernah terlepas dari dakwaan beliau adalah pengamal amalan Syiah.

Justeru, PAS juga sepertinya mahu menjaga maruah PAS dari terus dilabelkan sebagai parti utama penyebaran Syiah, maka penolakan Mat Sabu harus dilakukan.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment