Friday, October 11, 2013

Beli Hartanah Di London, Kenapa Kita Perlu Sokong Felda

8 Oktober 2013


grand-plaza-serviced_felda
FELDA berterusan menjadi sasaran pembangkang, dalam usaha mereka nak menjatuhkan kerajaan, ini kita semua sedia maklum.  Sebab pembangkang tahu, selagi majoriti peneroka Felda kekal bersama kerajaan, selama itulah impian nak menguasai Putrajaya, akan kekal jadi impian, macam sekarang dan macam projek Impian Sarawak DAP juga.

Ah, itu (Impian Sarawak)  untuk artikel lagi satu.

Maka tidak hairanlah kenapa semua benda yang Felda buat, pasti akan diberi publisiti negatif secara meluas oleh pembangkang, sehingga dalam banyak kes, ditokok tambah supaya nampak lebih sensasi.  Contoh macam cerita tanam semula pokok getah, ini tanya mana peneroka pun, memang cerita biasalah bila pokok dah sampai tahap tua, memang kena tebang, tanam baru.

Pokok getah bukan macam pemimpin parti politik, boleh disuntik botox atau buat pembedahan supaya nampak macam remaja.

Tapi cerita biasa ini bila dapat kat pembangkang, boleh jadi melarat-larat sampai tanah dimana pokok getah itu ditanam pun, kononnya akan dijual semula oleh Felda kepada orang asing.  Macam mana, dengan apa, itu pandai pembangkanglah nanti nak memutar belitkannya.

Paling baru, apabila Felda, menerusi anak syarikatnya di United Kingdom (UK), Felda Investment Corp (FIC) UK Properties membeli sebuah bangunan apartment berharga RM 496 Juta (£ 98 juta), pembangkang sudah mula buat bising kononnya itu pembelian silap, berlaku penyelewengan, merugikan peneroka dan apa jadah yang lain.

Termasuk cerita yang disebarkan di kalangan peneroka kononnya Felda akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ’skandal’ dari pembelian tersebut, tapi macam biasalah,  takdak pun.

Walhal tahukah pembangkang bahawa hartanah tersebut yang dikenali sebagai Grand Plaza Serviced di Bayswater, London itu adalah tempat penginapan yang menjadi tumpuan utama pelancong dari Asia Tenggara, Australia, Canada dan negara Timur Tengah yang berkunjung ke London?  Taip kat Google lokasi penginapan paling popular di London tengok, itulah nama yang akan keluar dulu - Grand Plaza Service.

Sebab kenapa ia jadi tumpuan pelancong dari negara-negara tersebut adalah kerana lokasinya yang strategik, terletak berhampiran dengan Stesen Tube Bayswater, tak jauh dari lapangan tambang murah UK, London City Airport (16.9km) dan London Heathrow Airport (18.7 km).  Kawasan sekitarnya juga adalah lokasi yang jadi tumpuan pelancong setiap kali ke London seperti Hyde Park, National HIstory Museum dan lain-lain lagi.
Makanan yang disediakan juga halal, sesuai dengan citarasa pelancong dari negara-negara Islam.

Maka itu tak hairan kenapa syarikat penyedia perkhidmatan apartment yang mempunyai sebanyak 198 bilik itu menerima tempahan purata 90% sebulan dengan tempahan online saja sekitar 75%.  Dengan proses ubah suai terbaru yang selesai tahun sudah, ia dijangka mampu menarik lebih ramai lagi pengunjung datang.

Adakah ini ciri-ciri pelaburan yang tidak baik?  Tanyalah mana-mana ahli perniagaan (jangan tanya ahli politik pembangkang), kalau cukup modal, pasti mereka tidak lepas peluang untuk memiliki hartanah yang memiliki semua kelebihan yang disebutkan di atas.

Dan kita bukanlah setakat cakap kosong, tapi ada bukti. Pada tahun 2011, Grand Plaza Serviced pernah menang Gold Circle Award dari penyedia perkhidmatan langganan hotel secara dalam talian terkenal dunia, agoda.com!!

Boleh pembangkang bagitau, apa yang lebih baik dari itu?  Peneroka Felda pun bangga dapat tahu Felda berusaha keras bagi memastikan syarikat tersebut mendapat pulangan besar yang kemudiannya disalurkan antara lain untuk kemudahan peneroka juga, walaupun terpaksa melabur jauh di luar negara.

Penulis bagaimana pun tidak hairan dengan pembangkang, dia memang suka buat cerita bohong pasal Felda dan kerajaan, macamlah kita ni bodoh sangat tak tau apa, yang dia macam bagus tau semua.
Eh, boleh jalan la.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment