Sunday, September 06, 2015
Berhati Hati Dengan Mahfuz Ni.... Tolak Sertai Amanah, Kekal Dalam PAS
PETALING JAYA : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan
mengikut jejak langkah sepuluh wakil rakyat PAS keluar secara
beramai-ramai dari parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara
(Amanah).
"Saya tetap bersama PAS," katanya di sini, Khamis.
Selain itu menerusi kenyataan medianya, bekas ketua penerangan PAS itu
juga mahu kemunculan Amanah tidak dianggap sebagai ancaman kepada parti
politik sedia ada khususnya PAS.
"Kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat
daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia
yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.
"Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah
risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya
sekadar berslogan 'Istiqamah Hingga Kemenangan' tetapi rakyat sekali
lagi terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan,"
katanya.
Mahfuz merupakan antara pemimpin progresif dalam PAS yang ditolak ahli parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.
Isnin lalu, sepuluh wakil rakyat PAS terdiri daripada lima ahli parlimen
dan lima ahli dewan undangan negeri (Adun) gugur keahlian secara
automatik selepas mengumumkan menyertai Amanah.
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik itu ialah Ahli Parlimen
Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota
Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed
Hanipa Maidin (Sepang).
Sementara lima Adun yang meninggalkan PAS pula ialah Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani),
Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu
Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.
Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka
akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi
Parti Amanah Negara pada 16 September depan.
Selain itu Mahfuz mengingatkan semua parti pembangkang supaya sentiasa
mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu.
"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai
rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan
kedegilan anda.
"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment