Friday, September 04, 2015
Ibu Dyana Restu Anak Dipergunakan Oleh DAP
Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat merestui dan merelakan anaknya itu
dipengaruhi parti Cina DAP berbanding menyertai parti Melayu Umno.
Yammy berkata, beliau rela dipecat daripada Umno kerana menyokong
anaknya menyertai DAP yang dicalonkan sebagai calon pilihan raya kecil
DAP di Teluk Intan dahulu.
"Tidak berbaloi berada dalam Umno lagi. Saya hanya mengikut anak
perempuan bagi menyokongnya tetapi saya dipecat," kata Yammy yang tidak
berpuas hati dengan pemecatannya tahun lalu.
Beliau yang cuba menyedapkan hatinya sendiri berkata, dengan pemecatan
sebagai ahli parti beliau kini bebas kemana dan bebas menyokong sepenuh
anaknya sebagai ahli DAP.
"Saya berasa lebih bebas dan bahagia kerana saya dapat menghadiri apa-apa majlis yang saya suka," katanya.
Ekoran mengiringi anak perempuannya, Dyana yang merupakan calon pilihan
raya kecil DAP di Teluk Intan semasa kempennya, Yammy yang merupakan
bekas setiausaha Umno Bahagian Ipoh dipecat dari parti diatas sebab
mengiringi calon bukan dari Umno.
Sebelum dipecat, Yammy diberikan surat tunjuk sebab selepas mengiringi
anak perempuannya, namun beliau menegaskan dirinya tidak melakukan
sebarang kesalahan kerana tidak bercakap sesuatu yang berlawanan dengan
parti dan hanya hadir menemani anak perempuannya.
Oleh itu, Yammy merestui anaknya untuk terus menyertai DAP dari
menyertai mana-mana parti Melayu kerana dikatakan kolot disebabkan tidak
mengizinkan beliau menemani anaknya itu.
Jika si ibu sendiri yang merestui si anaknya untuk menyertai parti Cina,
apa yang boleh kita harapkan hanyalah berdoa agar pintu hati si ibu dan
anaknya terbuka bagi melihat agenda sebenar parti tersebut yang
sememangnya racist terhadap kaum Melayu.
Adakah Puan Yammy ini mahukan negara kita ini menjadi seperti Singapore
dimana hak orang Melayu habis disisihkan sehingga lah calon Melayu parti
Cina di negeri itu sendiri tidak tahu berkata-kata dalam bahasa Melayu.
Adakah perkara ini yang Puan Yammy inginkan berlaku kepada cucu cicit beliau?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment