Friday, September 04, 2015
Najib Razak Sedang Mengukuhkan Kedudukan Dalam UMNO
Nampaknya, penguasaan Datuk Seri Najib Tun Razak
ke atas UMNO tetap bertahan di sebalik kekecohan politik semasa
mesyuarat bahagian yang dijangka berakhir hujung minggu ini.
Meskipun ada kawasan panas dan gangguan di beberapa mesyuarat
perwakilan UMNO bahagian sejak sebulan lalu, namun sebahagian besar
daripada 188 bahagian meluluskan resolusi menyokong Najib dan Timbalan
Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi.
Hanya Gelang Patah di Johor secara rasmi meluluskan resolusi menggesa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri supaya bercuti.
Gelang Patah telah menjadi lubuk tidak puas hati hingga menyaksikan kerusi Parlimen Gelang Patah jatuh kepada Lim Kit Siang.
Bahagian ini diketuai oleh Mohamad Khairi Malik yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Johor.
Bagaimanapun terdapat kekeliruan dalam mesyuarat perwakilan UMNO
bahagian Langkawi yang menyaksikan salah seorang perwakilannya, Anina
Saadudin menjadi tajuk berita apabila menyerang Najib, sama ada telah
meluluskan usul menyokong dua pemimpin atasan UMNO itu atau meminda
resolusi meminta Najib untuk bercuti.
Beberapa bahagian juga meluluskan resolusi mengenai isu 1MDB.Naib
Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO bBahagian Semporna, Datuk Seri Shafie
Apdal menafikan bahawa bahagiannya meluluskan resolusi mengecam
Najib.Shafie, yang digugurkan dari Kabinet, berkata, bahagiannya
menentang penangguhan pemilihan UMNO dan meluluskan usul meminta
pemilihan itu diadakan seperti yang dijadualkan.
Bahagian itu juga mahu siasatan menyeluruh ke atas urusan kewangan 1MDB.
Beliau berkata, punca kenapa jemputan ke atas Najib ditarik balik
bukan disebabkan beliau marah dengan presiden tetapi beliau mahu
mengelak sebarang insiden pada mesyuarat perwakilan bahagian itu.
“Kira-kira 70% daripada ahli UMNO di Semporna adalah saudara mara
saya. Mereka sangat kecewa dan saya bimbang mereka akan menunjukkan
kekecewaan terhadap presiden,” kata Shafie.Usul utama di Pagoh, yang
diketuai oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah
berhubung kekecewaan kerana Muhyiddin digugurkan daripada jawatan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan. Sementara usul lain
adalah mengenai 1MDB yang turut diluluskan.
Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Radzi Manan mengakui ahli UMNO amat
bimbang dengan isu yang boleh memberi kesan kepada parti tetapi apa pun
lembaga disiplin jua yang akan membuat keputusan akhirnya.
Tiga bahagian terakhir yang akan mengadakan mesyuarat adalah Pasir
Salak pada Sabtu ini dan Pekan serta Masjid Tanah pada Ahad. Pasir Salak
diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Seri Tajuddin Rahman, Ketua UMNO Bahagian Pekan adalah Najib dan Masjid
Tanah oleh Datuk Rauf Yusoh.
Shafie juga mengesahkan beliau akan menghadiri mesyuarat Majlis
Tertinggi UMNO minggu depan. Shafie berkata beliau tidak terjejas dengan
mesej melalui SMS yang mendakwa beberapa pemimpin UMNO termasuk beliau,
Muhyiddin dan Datuk Seri Muhkriz Mahathir akan dipecat dari parti.
Turut serta dalam senarai hitam itu adalah bekas Menteri Besar
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Ketua UMNO Kulim Bandar Baru, Datuk
Seri Aziz Sheikh Fadzir dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Perak, Datuk Hamidah Osman.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment