Friday, September 04, 2015

Siasat Unsur Rasuah, Sabotaj Dalam Pasukan Bola Sepak Kebangsaan

Kekalahan pasukan bola sepak Malaysia 0-10 kepada UAE merupakan satu keputusan yang tidak masuk akal dan wajar disiasat dari perspektif “menjual” permainan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipMPXiiW_U-PFqin0yltM8lOQFKGcU76_WBmXbXdhFzJMtUqkpPR4G_VCniyW-tYEdCHRqqLl_7H7CW6GnORQyyBOHCKoJn7DSThXZUrCT4hsmUuBTvZpmJvwZi19j1Td8C0xavXNxpG6z/s1600/zamir.transformed_1.jpg
Sungguhpun kita mengakui kekuatan UAE yang berada di antara 8 pasukan terbaik Asia dan kelamahan pasukan negara, namun kekalahan sebesar itu sangat menakjubkan dan menimbul tanda tanya sama ada ia kerana kesilapan taktikal pasukan atau ada unsur menjual permainan.

Gol-gol yang dijaringkan begitu mudah, tidak dicabar dan ada antaranya sepetutnya dapat diselamatkan. Malahan jika kita menghantar pasukan Harimau Muda pun mustahil akan tumpas sebanyak 10 gol tanpa balas.

Jika tidak kerana unsur rasuah sekalipun, siasatan juga mesti tertumpu kepada kemungkinan ada sabotaj untuk merosakkan skuad kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia harus mengambil langkah tegas mengenal pasti “culprits” terbabit dan menggugurkan terus mereka dari skuad kebangsaan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment