Friday, September 04, 2015
Tumpu Usaha Pulih Keyakinan Terhadap UMNO, Henti Provokasi – Razali
MUAR : Seluruh anggota UMNO perlu menumpukan usaha memulihkan
kembali keyakinan terhadap parti dan menghentikan segala provokasi yang
boleh merosakkan dan memberikan kesan negatif kepada parti, kata
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata keyakinan perlu diberikan kepada seluruh masyarakat
dengan menjawab dan menjelaskan segala persoalan yang masih membelenggu
mereka.
“Jangan lengahkan lagi untuk menjelaskan segala isu dan pada masa
yang sama anggota UMNO jangan lagi memberikan tekanan kepada
kepemimpinan.
“Juga jangan membuat provokasi kerana ia tidak baik untuk parti.
Biarlah semua itu diselesaikan oleh kepemimpinan parti kelak,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Program Perkhemahan Kemasyarakatan
Unit Beruniform Tingkatan Enam Daerah Muar di Kampung Parit Pinang
Seribu di sini, hari ini.
Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata
semua anggota UMNO perlu bersatu dalam menempuhi cabaran dan
bersama-sama dengan pemimpin dalam menyelesaikan isu yang ditimbulkan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment