Friday, September 04, 2015
Pemuda UMNO Mahu KDN Ekstradisi Segera Alvin Tan
PUTRAJAYA : Pemuda UMNO hari ini menyerahkan memorandum
menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepatkan usaha
mengekstradisi Alvin Tan ke Malaysia bagi membolehkan tindakan
undang-undang diambil ke atas blogger kontroversi itu berhubung
penghinaan kepada agama Islam.
Memorandum itu disampaikan Exco Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen
yang juga Presiden Pemikir Muda Malaysia dan diterima Pegawai Khas
kepada Menteri Dalam Negeri Rizmel Nazrin Abdul Malik.
Mohd Rafiq berkata Tan, yang dipercayai berada di Amerika Syarikat,
dilihat semakin bebas dan biadap mempersendakan agama dan sensitiviti
umat Islam selepas tiada tindakan dikenakan kepadanya walaupun puluhan
laporan polis telah dibuat terhadapnya.
“Kita mahu kerajaan melalui KDN dapat mengambil sebarang langkah
melalui saluran perundangan agar Alvin dapat diekstradisi segera untuk
diadili oleh undang-undang negara atas tindakannya,” katanya kepada
pemberita selepas menyerahkan memorandum di Kementerian Dalam Negeri di
sini hari ini.
Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi seperti menghina Nabi
Muhammad SAW dengan bermacam gelaran, mengajak umat Islam berbuka puasa
dengan Sup Tulang Babi atau Bak Kut Teh di Facebook, Tan sekali
menggemparkan masyarakat Islam negara ini apabila memuat naik gambarnya
dengan tatu tulisan Allah di bahagian bawah pahanya.
Mohd Rafiq berkata sekiranya proses mengekstradisi Tan tidak dapat
dilakukan melalui proses perundangan, beliau yang mewakili UMNO, NGO dan
seluruh masyarakat Islam di negara ini mahu kerajaan menggugurkan
status kerakyatan blogger itu.
Memorandum sama akan turut diserahkan kepada Kementerian Luar bagi tindakan lanjut, katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment