Sunday, September 06, 2015
Jasa Terbit Buku 1MDB Jawab Semua Tuduhan
Jabatan
Hal Ehwal Khas (Jasa) menerbitkan buku bertajuk Siapa Kata Tidak
Dijawab? bagi menjawab 32 soalan termasuk tuduhan tidak berasas
berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibuat oleh pihak
tertentu sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Buku itu memberi penerangan secara terperinci dengan menggunakan
bahasa rakyat yang ringkas dan disertakan infografik yang mudah difahami
untuk memastikan setiap pihak terutama rakyat dapat memahami hala tuju
1MDB secara tepat.
Tuduhan paling jelas yang ditimbulkan sebelum ini kononnya RM42
bilion milik syarikat itu lesap adalah antara yang ditumpukan dan
terbukti tidak benar apabila 1MDB menyatakan dana berkenaan telah
dibelanjakan ke dalam sektor tenaga, hartanah, kos kewangan, dana
pelaburan dan tunai.
“Daripada RM42 bilion dana hutang ini, RM18 bilion digunakan untuk
pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), RM1.7 bilion adalah kos
pembelian tanah, RM15.4 bilion adalah dana pelaburan, RM5.8 bilion
dibelanjakan untuk kos kewangan dan baki sebanyak RM900 juta dalam
bentuk tunai.
“Tuduhan ini dibuat berdasarkan andaian semata-mata tanpa merujuk
kepada dokumen dan penyata kewangan diaudit sebenar. 1MDB telah
mengeluarkan infografik ringkasan berdasarkan fakta di dalam penyata
kewangan diaudit untuk membuktikan bahawa tiada dana 1MDB lesap,” kata
syarikat itu dalam penjelasannya di sini hari ini.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment