Sunday, September 06, 2015
Selangor Juga Perlu DiBersihkan Dari Isu RM7.6 Bilion Dan DEIG – Ruslan
KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat,
Ruslan Kassim menggesa penganjur perhimpunan Bersih, agar membuat
perhimpunan yang sama di Selangor bagi mendesak Menteri Besar Selangor,
Azmin Ali supaya segera memperjelaskan ke mana perginya wang rakyat
sebanyak RM7.6 bilion dana penstrukturan air Selangor seperti yang
didedahkan oleh Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurut Ruslan, jika benar Bersih merupakan sebuah NGO yang tidak pro
terhadap mana-mana parti politik, pihak Bersih juga perlu melihat
bahawa tindakan Azmin Ali yang berdolak dalik dalam menjawab isu ke mana
perginya wang rakyat sebanyak RM7.6 bilion itu satu perkara yang
serius.
“Saya cabar Bersih buat perhimpunan di Stadium Melawati bagi mendesak
Azmin supaya dedahkan hal dan perkara sebenar ke mana wang rakyat
sebanyak RM 7.6 bilion itu disalurkan. Jumlah itu bukan sedikit dan itu
adalah wang rakyat dan sudah pasti, rakyat ingin mengetahui ke mana wang
tersebut dibelanjakan.
“Ini adalah isu yang lebih besar. Belum pun selesai isu RM 7.6
bilion, timbul pula isu DEIG, sebuah syarikat yang entah dari mana
datangnya, tiba-tiba diberi kuasa untuk menjalankan urus niaga bagi
aset-aset MBI yang berjumlah lebih RM 30 bilion.
“Kedua-dua isu ini gagal diperjelaskan secara munasabah oleh Menteri
Besar Selangor setakat ini. Biarpun Adun di Selangor , termasuk dari
Dap, PKR dan Pas turut mendesak Menteri Besar agar menangguhkan dulu
sebarang aktiviti DEIG, namun Azmin tetap berkeras mahu meneruskannya.
Mengapa Bersih yang kononnya bebas dan tidak terikat dengan mana-mana
parti politik tidak mahu bersuara dalam isu ini?,”soalnya tegas.
Justeru itu kata beliau lagi, sudah terang lagi bersuluh bahawa
Bersih itu tidaklah sebersih yang disangka. Segala tindak tanduk dan
kenyataan mereka sebenarnya mempunyai matlamat politik yang menjurus
kepada kepentingan politik pihak pembangkang.
“ Saya yakin, bahawa mereka tidak akan bersuara tentang isu RM 7.6
bilion dan juga isu DEIG. Mana mungkin mereka mahu menyerang rakan
mereka sendiri. Mereka akan berdolak dalik itu dan ini. Ini disebabkan
Bersih sebenarnya adalah NGO proksi kepada parti politik pakatan
pembangkang.
“Mereka boleh menafikannya dengan seribu alasan namun segala tindak
tanduk dan kenyataan mereka jelas, bahawa Bersih hanya dijadikan kuda
tunggangan parti-parti pembangkang yang mempergunakan dan membohongi
rakyat demi menjayakan agenda politik mereka,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment