Sunday, September 06, 2015

Pakatan Rakyat Beri Isyarat Singkir PAS?

BAYAN BARU : Parti pembangkang mula mengadakan perbincangan secara tidak rasmi untuk membentuk sebuah gabungan baharu susulan penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, perbincangan rasmi dan pengumuman mengenainya hanya akan diadakan selepas Amanah secara rasmi dilancarkan pada 16 September.

"Secara tidak rasmi, kami dah mula. Kami umumkan parti kami pada 31 Ogos dan pada 16 September, kami akan lancarkan parti baharu itu.

"Kemudian, kami akan mulakan perbincangan rasmi," katanya dipetik dan disusun The Malaysian Insider hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri satu majlis kerajaan negeri di Masjid Bayan Baru hari ini.

Ditanya sekiranya PKR akan memilih Amanah menggantikan PAS untuk menjadi sebahagian anggota gabungan parti pembangkang baharu, beliau memberi gambaran yang parti itu masih belum menjelaskan pendiriannya, tidak seperti DAP.

"Kamu kena tanya PKR tentang perkara itu, tetapi DAP sudah tentu memilih AMANAH ," katanya.

AMANAH ditubuhkan sebuah kumpulan serpihan PAS, terdiri daripada pimpinan yang tewas dalam pemilihan lalu.

PAS pada Muktamar baru-baru ini meluluskan usul Dewan Ulama tanpa bahas memutuskan kerjasama bersama DAP dan mengekalkan Pakatan Rakyat bersama PKR. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment