Sunday, September 06, 2015
Pembangkang Guna Taktik Jejaskan Reputasi Untuk Jatuhkan Perdana Menteri – Ahmad Maslan
KENINGAU : Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan
berkata pihak pembangkang ketika ini sedang menggunakan taktik
menjejaskan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi
menjatuhkan kepimpinan beliau.
Ahmad berkata hal ini dapat dilihat menerusi pelbagai fitnah dan
tuduhan tidak berasas dilemparkan ke atas Najib yang juga Presiden UMNO
sebagai usaha merosakkan reputasi serta imej beliau bagi menimbulkan
persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinannya.
Taktik itu merupakan antara perangkap pihak pembangkang bagi
memastikan Najib tidak lagi menjadi tunjang utama dalam Pilihan Raya
Umum ke-14 nanti, katanya kepada pemberita selepas majlis dialog isu-isu
semasa bersama UMNO Bahagian Keningau dan Pensiangan di sini semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata pihak pembangkang turut dilihat
membuat cubaan ‘membunuh’ 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan
memanipulasi fakta mengenai syarikat itu sehingga menimbulkan keraguan
dan mengelirukan rakyat.
Selain itu, katanya, terdapat juga usaha untuk menggoncang kekuatan
dalaman UMNO dan Barisan Nasional memandangkan kekuatan tersebut dilihat
sebagai punca kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Sehubungan itu, Ahmad mengingatkan semua pemimpin serta anggota UMNO
di seluruh negara supaya tidak terperangkap dengan taktik kotor
pembangkang itu kerana ia akan melemahkan parti.
“Jangan masuk perangkap (sehingga) memecahkan kekuatan UMNO. Jika
kekuatan UMNO pecah maka kita akan lemah untuk (menghadapi) Pilihan Raya
Umum ke-14 nanti,” katanya.
Mengulas penganjuran Bersih 4 yang mendapat sokongan di luar negara,
Ahmad berkata UMNO juga boleh berbuat demikian dengan menyatakan
sokongan kepada kerajaan memandangkan Kelab UMNO turut berada di 70
lokasi seluruh dunia.
“Jika kita minta Kelab UMNO di seluruh dunia itu bangkit menyokong
(kerajaan) ia juga kelihatan ada sokongan dari seluruh dunia, bukan
begitu? Kita cuma tunggu masa bila nak mengaktifkan bila perlu,”
katanya.
Terdahulu, dalam majlis dialog, Ahmad memberi penerangan berkenaan
isu-isu semasa yang menjadi kontroversi ketika ini termasuk mengenai
dana RM2.6 bilion,
1MDB serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang menurut beliau
digunakan pihak pembangkang sebagai perangkap menjatuhkan kerajaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment