Friday, September 04, 2015
Polis Terima 250 Laporan Peserta Perhimpunan Pijak Gambar Pemimpin Negara – KPN
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini
menerima sebanyak 250 laporan dari seluruh negara berkaitan peserta
perhimpunan haram Bersih 4 yang memijak gambar pemimpin negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Setakat ini PDRM terima sebanyak 250 laporan di seluruh negara berhubung perkara itu,” katanya.
Pada 29 dan 30 Ogos lalu, sebuah video klip berdurasi 35 saat yang
merakamkan perbuatan dua suspek wanita sedang memijak poster Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang tersebar di internet dan menjadi viral dalam laman sosial.
Perbuatan itu dilihat menimbulkan kemarahan rakyat dan dianggap sebagai sesuatu yang biadab.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment