Wednesday, April 27, 2016
Biar Mukhriz Berdiri Di Atas Kaki Sendiri
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bersara secara hormat dan 
membenarkan anaknya, Datuk Seri Muhkriz berdiri di atas kaki sendiri 
dari segi politik memandangkan bekas Menteri Besar Kedah itu kini 
mendakwa mendapat sokongan 80 peratus dalam Umno, kata Setiausaha Akhbar
 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin.
Pembantu Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, selama bertahun-tahun 
Mahathir cuba untuk melonjakkan anaknya ke kedudukan teratas dalam Umno 
tetapi tidak pernah mengakuinya.
"Pertama, Tun Mahathir meminta anaknya bertanding jawatan Naib Presiden 
Umno. Tetapi beliau tewas kerana kurang mendapat sokongan ahli parti, 
dan bapanya menyalahkan Perdana Menteri.
"Kemudian, Mukhriz menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, 
negeri kelahiran Tun Mahathir. Tetapi beliau disingkirkan kerana kurang 
sokongan daripada ahli parti, dan sekali lagi bapanya menyalahkan 
Perdana Menteri, 'kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, jika Mukhriz mendapat 80 peratus sokongan dalam Umno 
seperti didakwa, beliau sepatutnya telah menjadi Naib Presiden Umno atau
 Menteri Besar Kedah.
Tengku Sarifuddin berkata, percubaan Mahathir untuk menjatuhkan perdana 
menteri, menjejaskan kepentingan negara dan berbohong mengenai 
kehilangan RM42 bilion dari 1MDB hanya untuk kepentingan anaknya ialah 
satu langkah yang dianggap oleh anggota Umno sebagai jauh menyimpang.
Beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menunjukkan 
bahawa serangan Mahathir ke atas perdana menteri dengan menggunakan 1MDB
 ialah seperti guruh tanpa petir.
"Inilah sebabnhya mengapa Tun Mahathir hilang sokongan Umno. Ini juga 
sebab mengapa beliau meninggalkan Umno dan mendapat sokongan masyarakat 
Cina melalui Lim Kit Siang, iaitu orang yang pernah dipenjarakan dibawah
 pentadbirannya," kata beliau.
Tengku Sarifuddin juga mengulangi bahawa apa yang Mahathir perlu lakukan
 ialah menyatakan siapakah calon alternatif sebagai Perdana Menteri dan 
Timbalan Perdana Menteri.
"Bagaimana seorang yang mahu menentukan dan memutuskan segala-galanya 
mengelak menjawab satu soalan kritikal ini. Sehingga beliau berbuat 
demikian,  Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan rakyat untuk mempercayai
 bahawa usahanya gagal untuk menjatuhkkan Perdana Menteri ialah berkisar
 untuk membuka jalan untuk anaknya," kata beliau.
Tengku Sarifuddin berkata, Perdana Menteri (Najib) akan terus memberi 
tumpuan kepada isu-isu utama yang penting kepada Malaysia terutama 
memerangi ancaman keganasan dan melaksanakan rancangan ekonomi untuk 
rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment