 
 Tuesday, April 26, 2016
PRN Sarawak : BN Pamir Solidariti, Pembangkang Pamir Drama Tipu Menipu
TEMERLOH : Drama tipu menipu, khianat mengkhianati yang 
dipertontonkan oleh parti pembangkang di pilihanraya negeri Sarawak 
sudah cukup untuk menggambarkan sejauh manakah keikhlasan kedua-dua 
parti tersebut dalam matlamat untuk membela kebajikan rakyat dan 
memakmurkan negara, demikian jelas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk 
Mohd Sharkar Shamsuddin.
Beliau yakin bahawa rakyat di seluruh negara, khususnya di Sarawak 
boleh menilai keikhlasan parti-parti pembangkang melalui episod drama 
tuduh menuduh dan tipu menipu yang sedang berlangsung dalam isu 
perebutan kerusi yang sehingga ke saat akhir berlangsungnya pilihanraya,
 ianya masih lagi tidak dapat di selesaikan oleh pembangkang.
 
 
Sedangkan
 jelasnya Barisan Nasional (BN) terus mempamirkan semangat solidariti, 
kesatuan bersama dan semangat juang tinggi dalam proses penamaan calon 
semalam untuk memastikan kemenangan semua calon dalam pilihan raya 
negeri pada 7 Mei ini.
“Drama ini sebenarnya menimbulkan persoalan apakah mereka benar-benar
 mahu membela rakyat, atau hanya mahukan kuasa demi kepentingan parti 
masing-masing? Dalam hal ini, saya kira Pembangkang hanya sepakat untuk 
menjatuhkan BN, namun mereka ini langsung tidak sepakat dalam hal-hal 
selain daripada itu. Sebab itu kita dapat lihat, isu pembahagian kerusi 
biarpun hanya melibatkan lima kawasan sahaja pun mereka tidak dapat 
selesaikan sehinggalah ke saat akhir pilihanraya.
“Ini juga secara tidak langsung  memperlihatkan betapa tidak 
sepakatnya mereka dalam membuat keputusan. Ini bukan perkara baru tetapi
 ianya sudah lama berlaku di dalam pembangkang. Seolah-olah tidak ada 
langsung perbincangan dan tolak ansur di antara mereka. Masing-masing 
berjuang untuk menegakkan matlamat dan agenda kepartian masing-masing, 
dan mengenepikan agenda utama untuk membela kebajikan rakyat.
“Jika perkara masalah sekecil itu pun mereka tidak dapat selesaikan, 
bagaimana rakyat mahu memberikan harapan dan sokongan terhadap parti 
pembangkang untuk mentadbir negeri atau negara,” tegasnya kepada media di sini hari ini.
Sharkar turut membanding  senario yang berlaku di dalam pakatan 
pembangkang dengan BN di mana menurut beliau, perkara khianat 
mengkhianati, tipu menipu seperti ini tidak pernah terjadi di dalam BN 
terutamanya  dalam menghadapi pilihanraya.
“Setiap parti yang bernaung di bawah bendera BN mempunyai satu 
matlamat utama iaitu untuk membangunkan negara dan membela nasib rakyat 
di negara ini. Sebarang permasalahan akan diselesaikan dengan cara tolak
 ansur atas dasar kepentingan nasional dan bukannya bermatlamatkan 
kepentingan parti tertentu di dalam BN.
“Sebab itu, walaupun mungkin ada beberapa keputusan yang tidak 
dipersetujui oleh beberapa parti lain, namun akhirnya yang tidak 
bersetuju itu akan akur kerana apa yang penting ialah matlamat utama BN 
adalah untuk membela rakyat dan memakmurkan negara. Bukan untuk agenda 
politik peribadi atau agenda politik kepartian tertentu.
“Itulah beza yang amat ketara antara pakatan pembangkang dan BN. 
Pembangkang lebih banyak berpolitik, termasuklah sesama mereka di dalam 
parti yang sama. Sikap pembangkang yang terlalu gila berpolitik ini 
menyebabkan mereka mendahului kepentingan agenda kepartian masing-masing
 berbanding agenda kepentingan rakyat dan negara,” jelasnya.
Isu pertembungan antara PKR dan Dap di lima kawasan baru-baru ini 
telah menyebabkan kepimpinan Dap menuduh PKR telah mengkhianati parti 
tersebut dengan meletakkan calon untuk bertanding di lima kawasan iaitu 
Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kekecewaan dengan 
keputusan PKR untuk bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada 
pilihan raya negeri Sarawak dan merasakan bahawa Dap telah ditipu oleh 
PKR berhubung pengagihan kerusi di lima kawasan tersebut.
Manakala PKR pula melalui kenyataan Naib Presidennya, Shamsul 
Iskandar Mohd Akin sebaliknya menyalahkan Dap yang tidak memberikan 
sebarang maklum balas berhubung pertindihan kerusi di lima kawasan 
tersebut sehingga ke saat akhir penamaan calon.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment