
Thursday, April 28, 2016
PAS Tak Mahu Masuk Campur Kemelut MB Terengganu

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini 
memaklumkan, Pas mengambil pendirian dengan tidak mahu masuk campur 
dalam kemelut Menteri Besar Terengganu yang sedang melanda kini. 
Menurut Amar, Pas sehingga hari ini tidak pernah membincangkan  mengenai
 kemelut Menteri Besar Terengganu, sebaliknya Pas hanya memerhatikan 
perkembangan yang sedang berlaku ini.
Jelas Amar, kemelut Menteri Besar yang melanda itu tidak melibatkan Pas, sebaliknya merupakan masalah dalaman UMNO dan Pas enggan 'menangguk di air keruh'.
"Itu masalah dalaman Umno biar dia selesai sendiri. Saya ingat biar Umno
 selesaikan perkara itu. Pertukaran Menteri besar itu masalah dalaman 
Umno. Kita tidak mahu campur tangan dan kita tidak mahu menangguk di air
 keruh," kata Amar.
Eloklah kalau Pas tak mahu campur urusan kemelut Menteri Besar 
Terengganu ni... Memang takda apa-apa pun untuk dicampuri... Pas tak 
perlu nak jadi parti penyibuk macam PKR dan DAP tu!!
PKR dan DAP tu memang laju je kalau berlaku kemelut Menteri Besar atau 
Ketua Menteri... Bab-bab ni DAP dan PKR memang orang paling awal nak 
menyibuk... Biasala, nak dapatkan kuasa kerajaan negeri dengan jalan 
mudah... Tu yang kerja asyik nak sibuk je!!
Kemelut Menteri Besar Terengganu mula tercetus apabila Sultan 
Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik balik semua gelaran yang 
diberikan kepada Ahmad Razif berkuatkuasa 22 April lalu.... 
Bagaimanapun, punca penarikan semula gelaran itu tidak diketahui 
sehingga hari ini.
Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman yang diserbu pemberita
 selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk disoal 
mengenai kemelut ini, bagaimanapun enggan menjawab dan menyerahkan 
segalanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
"Saya enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan," kata Ahmad Razif. 
Disediakan oleh : PeneranganPemuda SEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment