Thursday, April 28, 2016
Ahmad Razif Akan Buat Kenyataan Selepas PM Menghadap Sultan Terengganu
KUALA TERENGGANU : Ahmad Razif akan memberi kenyataan bersabit 
kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Razak menghadap Sultan Terengganu.
Ujarnya, beliau apa menerima apa jua keputusan yang dibuat perdana 
menteri, sama ada mengekalkan beliau sebagai menteri besar atau 
menggantikannya dengan calon lain.
“Saya enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada perdana 
menteri untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita seusai 
mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul 
Iman, hari ini.
Perdana menteri dikatakan bakal menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.
Berdasarkan maklumat awal yang diterima pihak media, Najib dijangka tiba
 di Istana Terengganu kira-kira jam 2.45 petang ini, sebelum ke Sarawak.
Sementara itu, dua EXCO yang ditemui pemberita memaklumkan bahawa Ahmad 
Razif dalam mesyuarat MMKN tadi meminta para EXCO supaya menjalankan 
tugas masing-masing seperti sediakala.
EXCO Kesihatan, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata Kerajaan Negeri akan
 beroperasi seperti biasa supaya isu ini tidak menjejaskan rakyat, 
manakala EXCO Pelancongan, Datuk Mohd Jidin Shafee menambah Ahmad Razif 
akan memikul tanggungjawab penuh bersabit apa yang berlaku antara beliau
 dan Istana. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment