Thursday, April 28, 2016
Padan Mukanya.... Mahfuz Dapat "Surat Cinta" Daripada PAS Negeri!!!
Nak jadi hero ye? Ada can nak jadi waibi bebas kot? Semuanya gara-gara 
tindakan Mahfuz sendiri yang engkar pada keputusan PAS Pusat dan 
terlibat dalam satu gerakan yang konon-kononnya untuk selamatkan negara.
 Atau memang sengaja nak cari pasal kot sebab dah tahu sokongan akar 
umbi PAS kepadanya semakin merosot sejak kebelakangan ini.
PAS Kedah memberikan surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Pokok Sena,
 Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, 
Mohd Nasir Mustafa kerana pembabitan dalam aktiviti Gerakan Selamatkan 
Malaysia (GSM) di peringkat negeri.
“Surat berkenaan baharu sahaja dihantar dan kita beri tempoh seminggu 
untuk dijawab. Setakat semalam, Pas Kedah belum terima surat jawapan 
daripada kedua-duanya,” kata Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad 
memaklumkan bahawa surat berkenaan dihantar selepas tersebarnya poster 
program GSM yang akan berlangsung 1 Mei depan.
Badan Perhubungan PAS Kedah yang bermesyuarat baru-baru ini katanya, 
sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberikan penjelasan berhubung 
pembabitan mereka dalam GSM.
Tindakan itu katanya, dibuat berdasarkan surat pekeliling PAS Pusat yang
 menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau 
program AMANAH dan DAP.
“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, PAS juga tidak benarkan
 ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir 
secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip 
parti,” katanya.
Poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan AMANAH, 
DAP dan Team B UMNO, jelas membuktikan pembabitan dua wakil rakyat PAS 
itu.
Menurut Mohd Nasir, beliau belum menerima surat itu namun berlapang dada untuk memberikan maklum balas.
“Saya tetap ahli PAS, walaupun saya sokong apa yang diperjuangkan dalam 
Deklarasi Rakyat yang digerakkan bawah GSM yang mahu Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan.
“Sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, saya berasakan perlu 
untuk kita gembleng kesepakatan ini sehingga pilihan raya supaya rakyat 
bersedia. Pembangkang dari pelbagai parti mahu lawan BN, itu yang 
dipersetujui,” katanya menambah bahawa tindakannya bersetuju dengan 
perjuangan GSM tidak menyebabkan dirinya terkeluar dari PAS kerana hanya
 bersetuju dengan agenda jatuhkan Najib.
Beliau sebaliknya mendakwa bahawa perjuangannya tetap bersama PAS namun menyokong GSM kerana tuntutan rakyat.
Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas perkara itu buat masa ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment