
Thursday, April 28, 2016
GERAKAN Pulau Pinang Bocor Rahsia Besar Guan Eng

Parti Gerakan Pulau Pinang menyokong penuh cadangan Ahli 
Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu untuk 
menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal.
Seperti yang diketahui, sebaik 'tembelang' Ketua Menteri Pulau Pinang 
Lim Guan Eng didedahkan, Teh Yee mula mencadangkan tempoh jawatan Ketua 
Menteri dihadkan selama dua penggal demi membersihkan nama parti DAP.
Walaupun cadangan Teh Yee berniat untuk membersihkan nama DAP yang kotor
 ekoran penyelewengan Guan Eng, Teh Yee telah diberi amaran keras oleh 
DAP supaya 'mengunci mulut' dan menarik semula cadangan tersebut.
Teh Yee yang telah menerima amaran keras, bagaimanapun tetap dengan 
pendiriannya untuk terus membawa cadangannya itu ke dalam Dewan Undangan
 Negeri walaupun dikhabarkan mendapat ugutan dari pihak-pihak tertentu 
yang diyakini pihak pro Guan Eng.
Semalam, Teh Yee memaklumkan cadangannya menghadkan tempoh jawatan Ketua
 Menteri Pulau Pinang itu mendapat sokongan memberangsangkan dari orang 
ramai, meskipun ada pihak yang mengugutnya.
Menurut Teh Yee, beliau terasa terharu apabila cadangannya itu mendapat 
sokongan daripada rakan politik dan orang ramai, dan cadangan itu jelas 
menunjukkan bersifat kepentingan awam.
Menurut Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, beliau menyokong
 cadangan Adun DAP Tanjung Bungah itu kerana ia merupakan satu cadangan 
yang sangat baik dan wakil Gerakan akan menyokong penuh sekiranya usul 
itu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.
Dalam masa sama, Tong Keong turut mendedahkan bahawa cadangan yang 
dibawa Teh Yee itu memang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang
 pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan sekiranya DAP tidak 
melaksanakan, ia jelas satu penipuan yang dijanjikan oleh DAP dalam 
manifesto PRU yang lepas.
"Kalau tidak buat had dua penggal, ketua menteri tak penuhi manifesto, 
ini bukan kami kata, tapi ada direkod dalam ceramah Ketua Menteri Lim 
Guan Eng di Padang Kota Lama dulu," kata Tong Keong. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment