
Thursday, April 28, 2016
Najib Jejaki Warisan Ditinggalkan Ayahanda 50 Tahun Dahulu

SERIAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari 
ini menjejaki langkah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan 
mengunjungi Kampung Triboh dekat sini, sebuah kampung Iban yang 
dirasmikan oleh ayahandanya 50 tahun lepas. 
Pada 13 Nov 1966, Allahyarham, timbalan perdana menteri, ketika itu, 
 ketika itu, melawat kampung tersebut dan seterusnya kampung itu diberi 
nama baharu iaitu Kampung Tun Razak. 
Pada ketika itu, Tun Razak melancarkan Projek Penanaman Getah (Skim B) di kawasan tersebut. 
Lawatan Najib ke kampung itu hari ini ditemani Menteri Sumber 
Manusia, Datuk Seri Richard Riot, yang juga Anggota Parlimen Serian, dan
 calon Barisan Nasional (BN) Bukit Semuja, John Ilus. 
Setiba di kampung itu, Najib melihat batu asas perasmian kampung itu yang mencatatkan kunjungan ayahandanya di situ.
“Pada 13 Nov 1966, satu tanggal yang mencatat sejarah di Kampung 
Triboh. Ayahanda saya Tun Razak telah sampai ke kampung ini. Hari ini, 
giliran anakandanya pula. Sejarah berulang.
“Kalau Tun Razak banyak jasa, saya pun nak meninggalkan budi dan jasa
 terutamanya kepada orang Sarawak yang ikhlas menyokong Barisan 
Nasional,” katanya di majlis ramah mesra bersama penduduk kampung itu 
yang terletak di Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja dekat sini. 
Dalam ucapannya, Najib berkata BN sebagai satu keluarga besar yang 
komited komited untuk terus membawa kemajuan dan kemakmuran kepada 
rakyat Sarawak. 
“Kita mempunyai agenda sama iaitu membawa lebih banyak perubahan dan 
pembaharuan kepada penduduk di negeri ini. Sehubungan itu, sokongan 
kepada BN penting untuk meneruskan pelaksanaan projek agar ia 
memanfaatkan rakyat negeri ini,” katanya. 
Sebagai “Apai Besai Malaysia”, Najib menyaran penduduk di negeri ini 
terus menyokong Apai Besai Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang terbukti 
dalam tempoh dua tahun sudah membawa pelbagai kemajuan di negeri ini.
“Apai Besai Malaysia sentiasa sokong Apai Besai Sarawak dengan 
menyalurkan lebih peruntukan bagi membangunkan negeri Sarawak berbanding
 pembangkang yang hanya janji dan tidak membuat apa-apa,” katanya.
Pada majlis itu, Najib meluluskan permohonan ketua kampung Triboh, 
Albert Moni Igang untuk menambahbaik Dewan Panglima Kalin di kampung 
itu, antara dewan yang tertua di daerah ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment