Thursday, April 28, 2016
Teliti Gula-Gula Manifesto DAP Sarawak
DAP terus cuba menggula-gulakan rakyat Sarawak menerusi pembentangan 10 
janji dalam manifestonya yang bertemakan Berani Ubah, Perkongsian 
Kekayaan Demi Rakyat bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
Antaranya ialah menawarkan perkhidmatan bas awam percuma di bandar utama
 seperti Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu selain menambah bilangan bas 
hingga tiga kali ganda.
Turut disenaraikan ialah janji untuk melaksanakan perkongsian sumber 
hutan yang adil, perkongsian tanah oleh semua, mencipta peluang 
pekerjaan dan memperbaiki liputan internet.
DAP turut menjanjikan usaha menambah baik keselamatan, ketelusan dalam 
urus tadbir, perkhidmatan awam berbilang kaum, autonomi percukaian dan 
autonomi pendidikan.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mendakwa manifesto parti itu 
lebih jelas dan tertumpu berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) yang
 disifatkannya sebagai terlalu umum.
“Walaupun ada beberapa dasar populis diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri 
Adenan Satem baru-baru ini, beliau tidak melaksanakan penambahbaikan dan
 tidak melakukan perubahan dalam sistem,” katanya sewaktu mengumumkan 
manifesto DAP, di Kuching, Rabu.
Masalahnya, janji-janji melangit sebegitulah yang dibuat Setiausaha 
Agung DAP, Lim Guan Eng kepada penduduk Pulau Pinang sewaktu mahu 
meneruskan penguasaan kepimpinan DAP di negeri itu.
Persoalannya mahukah rakyat Sarawak menggadaikan masa depan mereka sepertimana yang dikesali penduduk Pulau Pinang kini.
Walau sehebat manapun Chieng Jen di Sarawak, beliau akan tetap tertakluk
 di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung DAP yang menerajui kepimpinan 
DAP bersama bapanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Rakyat Sarawak sendiri tentunya boleh meninjau serta memeriksa janji dan
 rekod, malahan manifesto DAP Pulau Pinang yang dibuat dan dilanggar 
secara selamba Guan Eng sendiri.
Sila rujuk dan kaji janji yang dibuat DAP terhadap penduduk Kampung Buah
 Pala, rujuk dan kaji janji DAP berhubung isu tol Sungai Nyior, rujuk 
dan kaji janji DAP berhubung kadar air, lihat dan kaji juga janji DAP 
berhubung pemuliharaan alam sekitar sedangkan secara terang bukit-bukit 
di depan mata Guan Eng digondolkan  serta pelbagai lagi janji-janji 
melangit yang DAP taburkan sebelum secara tidak bersalah menipu rakyat.
Lihat dan kaji juga perilaku Setiausaha Agung DAP itu berhubung 
penjualan dan penukaran status tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin 
(PPRT) Taman Manggis yang digalang gantikan dengan banglo harga murah 
yang dibeli Guan Eng.
Sekali gus, wajarlah warga Sarawak bertanya kepada diri sama ada mereka 
bersdia menggadaikan bumi kenyalang kepada golongan rasis lagi rakus 
yang selama ini hanya bijak menuding jari menyalahkan orang lain 
sedangkan diri sendiri terpalit najis. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment