Tuesday, April 26, 2016
DAP Mahu Luaskan Kuasa Di Sarawak - Bekas Pemimpin
SHAH ALAM : Bekas pemimpin DAP Zulkifli Mohd Noor mendakwa parti itu 
sedang meluaskan kuasa mereka dengan mensasarkan pertambahan kerusi DUN 
pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Ujar beliau yang merupakan Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), 
pertembungan enam kerusi yang berlaku antara DAP dan PKR, membuktikan 
parti yang didominasi orang Cina itu mahu menunjukkan kuasa mereka 
setelah berjaya memenangi 12 kerusi berbanding PKR, hanya 3 kerusi.
"Dia (DAP) berlagak seolah dia besar sebab kita tengok dia ingat di 
Sarawak itu mereka sudah mempunyai 12 kerusi maka dengan tersendirinya 
kekuatan mesti diberikan kepada mereka untuk memilih apa sahaja yang 
mereka mahukan.
"Ini seolah-oleh mereka yang boleh menerokai tempat dan kerusi baru 
untuk Pakatan tetapi dalam hasrat sebenarnya mereka ingin mendapatkan 
kerusi baru bagi tambah ADUN untuk mereka.
"Maka jika kita terokai kepada pertambahan pada kerusi-kerusi ADUN maka 
kita terpaksa kena ambil kerusi yang belum ditandingin sebelum ini dan 
ini akan melukai atau menjejaskan kepada kedudukan parti yang dahulunya 
bertanding di tempat tersebut,"katanya ketika dihubungi Antarapos hari 
ini.
Beliau berkata demikian mengulas pertembungan calon PKR dan DAP di enam 
kerusi pada PRN Sarawak ke-11 iaitu di Batu Kitang, Mambong, Ngemah, 
Simanggang, Murum dan Mulu.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata DAP adalah sebuah parti yang tidak 
boleh bekerjasama dengan mana-mana parti bersandarkan kepada sejarah 
perbalahan dan pertelingkahan yang berlaku sebelum ini.
"Dia (DAP) tidak boleh berkerjasama dengan sesiapa, mereka hendakkan 
kepentingan mereka sendiri, dia tidak boleh kerjasama pemimpin, 
ahli-ahli dalam parti sendiri, dengan parti PAS, mereka juga ada 
pertelingkahan begitu ketara dengan parti PKR.
"Maka Pakatan Harapan (PH) ini tidak perlu diwujudkan kerana PH ini 
hanya mempunyai kepentingan kepada DAP sahaja kerana mereka tidak 
mempunyai penyokong Melayu," ujarnya.
Sebelum ini, menerusi perjanjian bertulis berhubung pengagihan kerusi 
yang ditandatangani antara PKR dan DAP pada 7 April lepas, kerusi Batu 
Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga telah diperuntukkan kepada PKR.
Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi DAP.
Bagaimanapun, PKR dilihat 'mencabuli' persetujuan pembahagian kerusi itu
 dengan bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang 
dan Murum.
DAP pula membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment