Thursday, April 28, 2016
Muhammad Ibrahim Dilantik Gabenor BNM Baharu Mulai 1 Mei
Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia 
(BNM) untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei, 2016, kata Perdana Menteri 
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri.
“Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan 
sumbangannya dalam membantu kerajaan serta memberi nasihat dan pandangan
 bagi memacu perkembangan ekonomi negara,” kata Najib dalam satu 
kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri juga yakin gabenor baharu itu dapat mentadbir dasar 
monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk 
meneruskan usaha bank pusat membangunkan industri kewangan dengan 
sewajarnya.
Jawatan terakhir Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010.
Beliau memegang sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
 dan penghargaan kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala 
sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai 
Gabenor BNM yang ketujuh,” kata Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment